Sebelum ni mmg la Mak Ony selalu g Klinik Kempas utk check up darah tinggi dia..sebulan sekali. Pas tu sejak dia kena penyakit ketumbuhan di leher tu (tiroid), setiap bulan kena check up kat HSA pulak. Seminggu sebelum check up doktor kat hospital, dia kena g check darah dulu. Maknanya sebulan 3 kali la dia g check up. Ini bermakna sebulan 3 kali juga la aku kena tunggu Aisy kat rumah, bila Mak Ony balik dari check up baru la aku g keje. Tp tak kan asyik nak datang keje lambat je, jadi terpaksa la bergilir2 jaga Aisy. Mula2 aku g hantar Aiman ke sekolah, pastu baru g keje - punch card. Aisy dok rumah dulu dgn ayah dia. Bila En. Shahrom dah dtg, aku bgtau dia yg aku ada hal berkaitan urusan anak. Ala...satu cawangan ni dah tau yg aku ada masalah pengasuh ni..sejak dia disahkan sakit tiroid, mmg setiap bulan aku kena masuk lambat ke pejabat la. Sebelum ni dia g check up hanya sekali sebulan tp bila tiroid dia dah semakin besar, makin kerap la dia kena g hospital.
Dulu masa dia check up dia akan balik awal. Selalu sampai rumah dalam kul 10.00 pg dah siap. Jadi tak la lambat sgt aku tunggu..tapi sejak akhir2 ini, makin lambat la pulak. Sampai kul 12.00 tgh lebih. Sampai setengah hari jg. Kadang tu sampai kul 1.00 ptg. Nasib baik kawan secawangan ni faham. Aku dah terangkan yg pengasuh anak aku ni ada sakit dan kena check up selalu, jadi boleh la kawan tolong2 keje kat pejabat ni.
Sebelum nak g hospital, mak ony akan bgtau aku tarikh dia kena buat check up. Jadi aku dah catat dlm kalendar aku.. kat rumah dan kat pejabat. senang nak ingat. Tp mlm td tiba2 Mak Ony mesej, dia kata tak leh jaga Aisy esok dan lusa. Aduhhh....pening kepala aku dibuatnya. Mana nak letak anak ni. Tak kan aku asyik nak bercuti jer. Apa lg Mak Uda la tempat buat aduan. Nasib baik la uda faham. Sebelum ni pun aku dah booking Uda awal2 suruh dia jagakan Aisy, sbb Mak ony kata dia nak operate 11 Mac 2013. Jadi ada seminggu lg la dia nak buat operation. Ingatkan aku nak g rumah Uda Sabtu ni, 9 Mac 2013 dgn anak2. Ahad -10 Mac 2013, ayah dia nak g jejalan ke Mersing dgn geng motor dia. Mmmm....jalan la aku tak kesah. Janji aku tak kacau dia. Mmg la ayah tu lawa aku suruh ikut dia naik motor ke Mersing. Tp cuba fikir, anak kita tinggal kan dgn makcik, pastu boleh pulak kita g berjalan2 sakan...mmmm...tak sampai hati aku nak buat anak2 aku mcm tu. Kalau aku jenis yang suka jalan dan tak kesah kan anak2, mesti aku ikut kan..tp ingatlah...hidup ni bukan kat dunia aja...kita ada alam lg satu. Kat sana nanti bila Allah swt tanya apa tanggungjawab kita pada anak2...mcm ner kita nak jawab. Kat sana nanti dah terlambat. Tak de sapa leh tolong.
Berbalik citer pasal Mak Ony ni, bila dia sms tak leh jaga kan Aisy, aku terus telefon Uda. Nasib baik la uda leh tolong jagakan Aisy. Aiman lak, lepas balik sekolah, aku terpaksa bawak dia ke pejabat. Tp Mak Nok suruh hantar rumah acik. Aiman tak kesah dok rmh Tok Cik dia sbb dia suka main ipad kat sana. Cumanya yg aku pelik napa Mak Ony tak cakap siang2 yg dia tak leh jagakan Aisy semalam. Kalau tak...tak der la aku kelam kabut sakan. Malam tadi bila dia sms pukul 9.22 mlm..aku apa lg terus kemas barang2 Aisy, Aiman dan baju2 aku. Lepas ni aku dok la rumah uda. Demi anak2 dan tugas, terpaksalah aku berkorban apa sahaja.. Pukul 4.15 pg aku dah bangun. Tak leh tido dah. Pukul 5.00 pg aku terus angkat barang2 ke kereta. Aku nak ke rumah uda kul 6 pg..tp ayah dia lom bangun lg. Alasannya belum kul 7.00 pg..mak ai..dah la nak hantar anak ke tempat jauh, dah tu nak patah balik hantar Aiman ke sekolah. Boleh pulak dia bermalas2an... Aku nekad, kalau dia tak nak hantarkan anak2, aku hantar sendiri jer. Tp hantar jg la dia...Bukan apa, pagi2 jalan jem...org sibuk hantar anak2 dan nak g keje...tu yg aku tak nak tu.
 |
Terpaksalah Aisy dok dgn Tok Uda..jgn nangis yer Aisy.. |
 |
Demi anak2 ibu sanggup berkorban apa sahaja. |