Ahad, 3 Mac 2013

Mak Ony

Sebelum ni mmg la Mak Ony selalu g Klinik Kempas utk check up darah tinggi dia..sebulan sekali. Pas tu sejak dia kena penyakit ketumbuhan di leher tu (tiroid), setiap bulan kena check up kat HSA pulak. Seminggu sebelum check up doktor kat hospital, dia  kena g check darah dulu. Maknanya sebulan 3 kali la dia g check up. Ini bermakna sebulan 3 kali juga la aku kena tunggu Aisy kat rumah, bila Mak Ony balik dari check up baru la aku g keje. Tp tak kan asyik nak datang keje lambat je, jadi terpaksa la bergilir2 jaga Aisy. Mula2 aku g hantar Aiman ke sekolah, pastu baru g keje - punch card. Aisy dok rumah dulu dgn ayah dia. Bila En. Shahrom dah dtg, aku bgtau dia yg aku ada hal berkaitan urusan anak. Ala...satu cawangan ni dah tau yg aku ada masalah pengasuh ni..sejak dia disahkan sakit tiroid, mmg setiap bulan aku kena masuk lambat ke pejabat la. Sebelum ni dia g check up hanya sekali sebulan tp bila tiroid dia dah semakin besar, makin kerap la dia kena g hospital. 

Dulu masa dia check up dia akan balik awal. Selalu sampai rumah dalam kul 10.00 pg dah siap. Jadi tak la lambat sgt aku tunggu..tapi sejak akhir2 ini, makin lambat la pulak. Sampai kul 12.00 tgh lebih. Sampai setengah hari jg. Kadang tu sampai kul 1.00 ptg. Nasib baik kawan secawangan ni faham. Aku dah terangkan yg pengasuh anak aku ni ada sakit dan kena check up selalu, jadi boleh la kawan tolong2 keje kat pejabat ni.

Sebelum nak g hospital, mak ony akan bgtau aku tarikh dia kena buat check up. Jadi aku dah catat dlm kalendar aku.. kat rumah dan kat pejabat. senang nak ingat. Tp mlm td tiba2 Mak Ony mesej, dia kata tak leh jaga Aisy esok dan lusa. Aduhhh....pening kepala  aku dibuatnya. Mana nak letak anak ni. Tak kan aku asyik nak bercuti jer. Apa lg Mak Uda la tempat buat aduan. Nasib baik la uda faham. Sebelum ni pun aku dah booking Uda awal2 suruh dia jagakan Aisy, sbb Mak ony kata dia nak operate 11 Mac 2013. Jadi ada seminggu lg la dia nak buat operation. Ingatkan aku nak g rumah Uda Sabtu ni, 9 Mac 2013 dgn anak2. Ahad -10 Mac 2013, ayah dia nak g jejalan ke Mersing dgn geng motor dia. Mmmm....jalan la aku tak kesah. Janji aku tak kacau dia. Mmg la ayah tu lawa aku suruh ikut dia naik motor ke Mersing. Tp cuba fikir, anak kita tinggal kan dgn makcik, pastu boleh pulak kita g berjalan2 sakan...mmmm...tak sampai hati aku nak buat anak2 aku mcm tu. Kalau aku jenis yang suka jalan dan tak kesah kan anak2, mesti aku ikut kan..tp ingatlah...hidup ni bukan kat dunia aja...kita ada alam lg satu. Kat sana nanti bila Allah swt tanya apa tanggungjawab kita pada anak2...mcm ner kita nak jawab. Kat sana nanti dah terlambat. Tak de sapa leh tolong. 

Berbalik citer pasal Mak Ony ni, bila dia sms tak leh jaga kan Aisy, aku terus telefon Uda. Nasib baik la uda leh tolong jagakan Aisy. Aiman lak, lepas balik sekolah, aku terpaksa bawak dia ke pejabat. Tp Mak Nok suruh hantar rumah acik. Aiman tak kesah dok rmh Tok Cik dia sbb dia suka main ipad kat sana.  Cumanya yg aku pelik napa Mak Ony tak cakap siang2 yg dia tak leh jagakan Aisy semalam. Kalau tak...tak der la aku kelam kabut sakan. Malam tadi bila dia sms pukul 9.22 mlm..aku apa lg terus kemas barang2 Aisy, Aiman dan baju2 aku. Lepas ni aku dok la rumah uda. Demi anak2 dan tugas, terpaksalah aku berkorban apa sahaja.. Pukul 4.15 pg aku dah bangun. Tak leh tido dah. Pukul 5.00 pg aku terus angkat barang2 ke kereta. Aku nak ke rumah uda kul 6 pg..tp ayah dia lom bangun lg. Alasannya belum kul 7.00 pg..mak ai..dah la nak hantar anak ke tempat jauh, dah tu nak patah balik hantar Aiman ke sekolah. Boleh pulak dia bermalas2an... Aku nekad, kalau dia tak nak hantarkan anak2, aku hantar sendiri jer. Tp hantar jg la dia...Bukan apa, pagi2 jalan jem...org sibuk hantar anak2 dan nak g keje...tu yg aku tak nak tu. 

Terpaksalah Aisy dok dgn Tok Uda..jgn nangis yer Aisy..
Demi anak2 ibu sanggup berkorban apa sahaja.

2 ulasan:

Idah berkata...

kesian misah, tu lom sekolah lagi misah, dah sekolah nanti lagi banyak urusan, mana nak mkn, mana nak sekolah pagi petg, mana nak tukar2 baju, mana nak masak mlm lagi
nape tak cari pengasuh yg lain misah

DESA PERMAI berkata...

Biasalah Idah, dah namanya ada anak jadi ada la tanggungjawab. Nak cari pengasuh lain bukan senang idah...Aritu saya dah tanya kat TASKA, hantar tadika dan taska yuran jer dah dekat RM800 tu lom lagi bayaran bulanan. Fikir banyak kali la jg. Pengasuh anak saya ni kan sebelah rumah saya jer, sbb tu bila dia sakit terpaksalah cari mak sedara utk jagakan anak. Nasib baik dia nak tolong jagakan. Mak saya sendiri pun dah tak nak jaga budak2..dah tak larat katanya...dulu jaga anak, skrg nak jaga cucu pulak..mmm

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu