Dengar jer perkataan GEMOK mesti ramai orang perempuan takut kan. Yer la, bila badan dah gemuk, banyak baju yang dah tak muat. Aku ni pun dah nak masuk kategori obes juga la. Dulu-dulu berat badan cuma 50-an aje. Bila ada anak satu berat dah naik ke 60-an. Sekarang ni, bila anak tambah lagi sorang berat dah nak cecah ke 70-an....mak aiii....mana la aku tak risau. Dan yang paling ketara bila semakin banyak baju yang dah jadi sempit walaupun dah macam-macam kaedah aku buat. Tapi hasilnya masih tak memberangsangkan. Bila baju dah sempit, jadinya aku bungkus baju-baju tu bawak balik ke kampung halaman, sedekah pada anak-anak buah yang nak pakai la. Kadang-kadang tu aku bagi kakak yang kat kampung tu sebabnya badan dia mmg slim dari dulu, kini dan selama-lamanya la...dia pun bujang lagi kan.
Disebabkan tak nak GEMOK, aku sanggup beli produk menguruskan badan yang boleh buat orang kurus dalam sekelip mata sahaja. Wauuuuu...........mana la aku tak teruja bila tengok adik ipar jadi kurus dan slim bila amalkan produk itu. Siap jadi stokis lagi. Tapi bila keluar berita di surat khabar yang produk tu tak bagus untuk kesihatan dan boleh menyebabkan masalah jantung, terus aku stopkan. Takut la sebab anak kecik-kecik lagi. Kalau dah sakit sapa pulak nak jagakan anak-anak aku ni.
Selepas itu, aku cuba kaedah ke-2 pulak. Aku tak makan nasi. Aku makan banyak sayur-sayuran aje. Walaupun setiap hari aku masak tapi aku masak untuk anak-anak dan hubby. Aku sanggup tengok jer diaorang makan. Tapi itu pun tak lama. Sekejap je aku amalkan sebabnya bila masak tak habis, makanan tu aku buang je. Kan membazir pulak.
Bulan lepas, masa pergi chek up Aisy di Klinik Kesihatan, Aisy tak nak naik atas alat penimbang. Dia takut dan nangis. Jadinya, nurse suruh aku naik timbang sambil dukung Aisy. Lepas tu letak pulak Aisy dan aku timbang pulak. Bila dukung Aisy beratnya ialah 77 kg. Bila aku naik timbang sendiri beratnya ialah 68kg. Manalah aku tak takut tengok berat aku yang melampau-lampau ni.
Apa lagi aku nak buat untuk turunkan berat badan ni. Dah beli tali skipping, tapi buat sekali je, lepas tu tak buat pun...mmmm....lepas ni kena la puasa banyak-banyak untuk buang lemak tepu yang lekat kat badan ni. Kalau tak berat ni makin naik dan naik la jawabnya. Takutnya la....dan yang paling tak suka bila berat dah naik, badan pun gemuk, baju pun tak muat, nak jalan pun dah tak larat. Bila jalan dah tak larat makanya duduk je la kat rumah dan jadi orang yang malas...tak nak la jadi macam tu.....
2 ulasan:
hahahahaha........ kelakar la misah.....
yer la..saya takut betul kalau gemuk badan ni. Bila orang cakap badan saya dah naik je, mula la saya risau. Kadang tu saya puasa, tapi kat pejabat ni banyak godaan sangat, bila kita puasa, ada jer orang yang ajak makan..mana nak susut lemak tepu dalam badan ni.
Catat Ulasan