Hari Jumaat 4 Oktober 2013 - bila sampai rumah dan ambil Aisy dan Aiman dari rumah Mak Ony, Mak Ony kata Aisy demam panas. Aku bawak dia balik macam biasa. Kat rumah bagi la dia ubat demam yang Klinik Kesihatan bagi masa g chek up aritu. Budak kecik mana la suka ubat. Jadi bila bagi memang tak masuk mulut pun. Semua dikeluarkan balik.
Hari Sabtu, 5 Oktober 2013 - badan Aisy masih panas lagi. Nafas dia dah semakin laju. Dada berombak-ombak dan bila pegang dadanya, terasa sangat jantung dia berdegup laju. Aku semakin risau. Tapi bila tanya ayah dia, dia kata ok lagi tu sebab nafas dia tak berbunyi. Sebenarnya hati aku dah tak sedap tengok Aisy macam tu. Dengan nafas yang laju dan jantung yang cepat sangat.
Hari Ahad, 6 Oktober 2013 - Aisy masih berkeadaan macam tu juga, badan dia lemah je. Tak nak makan dan main. Dia cuma minum susu jer. Jantung dan dadanya masih berdegup laju. Hati ini semakin risau. Aku nekad bawak Aisy ke Klinik Faizal untuk buat pemeriksaan. Sampai je Klinik doktor pun cakap " Anak akak dah teruk ni, kena bawak ke hospital. Nafas dia dah laju sangat" Macam nak menangis aku kat Klinik Faizal. Doktor bagi gas 2 kali tapi nafas Aisy masih sama. Jadi doktor buat surat untuk aku hantar Aisy ke hospital.
Aku terus balik ke rumah. Kemas barang-barang Aisy dan aku untuk ke hospital. Siap bawak muffin yang aku buat untuk bekalan kat hospital. Aku suruh ayah dia hantarkan. Kalau nak harap dia memang dia buat tak tahu aje. Anak dah teruk pun dia kata masih ok, padahal nafas dan jantung Aisy dah tak normal. Mujurlah aku nekad untuk bawak Aisy ke Klinik.
Lepas solat asar aku terus menuju ke Bahagian Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Sebab Aisy baby lagi maka dia terus dapat masuk dan doktor terus chek dia. Lepas tu buat x-ray dada dia. Doktor kata Aisy kena jangkita kuman pada paru-paru. Doktor terus pasang gas pada hidung Aisy untuk legakan pernafasannya. Aisy menangis dan menangis sebab tak selesa dengan salur yang terlekat pada hidungnya. Tangannya kena cucuk untuk ambik darah.
![]() |
Tangan dan kena cucuk untuk ambik darah. |
Lepas dah daftarkan Aisy, aku dan Aisy ditempatkan di Wad Bunga Raya 3, Katil 10, HSA. Di wad, Aisy bergantung sepenuhnya pada gas. Batuk dia yang buatkan aku risau. Aku tanya doktor, takder ke ubat batuk untuk Aisy. Doktor kata kat sini kalau baby batuk ubatnya hanya gas supaya nafasnya kembali normal. Bila doktor check, dia kata nafas Aisy berbunyi.
![]() |
Bergantung pada oksigen jer la. |
Isnin, 7 Oktober 2013 - Aisy demam panas lagi. Badannya kejap panas kejap sejuk. Aku lap kan dia dengan air. Bila tukar lampin dia, aku akan lap-lap badan dia dan kepala supaya suhu badannya turun. Tapi tengah malam, badan dia panas sangat. Bila nurse chek suhu badan Aisy naik ke 39'C. Memang tak boleh keluar wad la kalau suhu badan tak nak turun.
![]() |
Hari ke-2 di wad, Aisy semakin pulih dan sihat. |
Selasa, 8 Oktober 2013 - Suhu badan Aisy dah turun, nafas dan jantung dia dah mula pulih walaupun masih ada bunyi sedikit. Doktor kata tunggu pakar sama ada boleh discharge atau tidak. Petang lepas Asar doktor pakar kata Aisy dah boleh keluar tapi kena jaga dia elok-elok kat rumah. Syukur sangat sebab Aisy sembuh dan pulih. Lepas ni kalau Aisy demam dan nafas dia berubah, ibu kena lebih berjaga-jaga. Ibu sayang dengan permata hati ibu. Kehadiran Aisy dan Aiman sangat ibu nantikan, jadi ibu tak nak atas kealpaan ibu dan ayah bekerja mencari rezeki, anak-anak ibu terabai. Mujurlah Mak Ony sayang dengan Aiman dan Aisy dan dapat jaga permata hati ibu dengan baik.
Ibu bersyukur sangat. Bila duduk di wad, sebenarnya ramai kanak-kanak lain yang sakit lebih teruk daripada Aisy. Ada kena luekimia, jantung berlubang, asthma dan lain-lain penyakit yang mengerikan bila ibu dengar. Semoga Aisy sihat dan terus sihat dan membesar sebagai permata hati ibu yang ibu sayangi.