Bila cuti mula la kepala ni berfikir nak buat sarapan apa dan nak masak apa? Kalau nak masak mesti kena ikut selera tekak anak-anak dan suami. Kadang tu memang kita teringin nak makan kuih itu ini, tapi bila dah buat anak-anak dan suami tak suka pulak. Rasa macam membazir jer buat kuih. Dah tu satu adunan kuih mesti dapat banyak, makan pulak setakat sebiji dua je. Yang tukang perabiskan kita juga, sebab tu badan ni tak nak turun, makin naik dan naik macam tepung kena yis. Mmmm.... Tapi cuti-cuti hujung minggu mesti nak juga mengadun tepung untuk buat kudapan anak-anak dan suami. Minggu ni sempat buat muffin. Ada 3 versi iaitu, muffin vanila, coklat dan pisang.
Sebab masukkan dalam mangkuk yang besar, jadi satu adunan tu dapatlah 6 biji muffin. Tapi makan sebiji jer dah kenyang..
Ni lah resepinya.
MUFFIN PISANG
Bahan A:-
- 2
cawan tepung gandum
- 2
sudu makan serbuk koko
- 1
sudu teh soda bikarbonat
- 1
sudu teh baking powder
- 1
sudu teh garam
Bahan B:-
- 1
cawan pisang emas ranum yang telah dilecek
- 1
cawan minyak masak (*akak guna minyak jagung)
- 1
cawan gula perang
- 2
biji telor (dipukul sedikit dgn garfu
Cara Membuat:-
- Panaskan
kukusan biar air mendidih. Sementara itu, ayak dulu semua bahan A dan
masukkan dalam mangkuk, kacau rata.
- Masukkan
bahan B dan adun sebati.
- Sudukan
3/4 penuh ke dalam acuan muffin.
- Kukus
di atas api yang besar selama 20 minit/hingga muffin kembang.
- Angkat
dan biar sejuk di atas redai.
MUFFIN COKLAT CHIP
BAHAN A
1 biji telur
1/2 cawan minyak
sayuran / minyak masak
3/4 cawan susu
segar atau buttermilk
1 sudu kecil esen
vanilla
BAHAN B
2 cawan tepung naik
sendiri
3/4 cawan gula
kastor (boleh di kurangkan)
BAHAN C
1 cawan
Chocolate Chips
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua
bahan A
2. Satukan bahan B
dalam mangkuk adunan, buatkan lubang di tengah campuran tepung.
3. Tuangkan bahan A
kedalam lubang yang di buat pada bahan B
4. Masukkan bahan
C, baru mula di kacau. Kacau jangan lebih dari 20 kali untuk mendapatkan
tekstur muffin yang lembut.
5. Pindahkan
ke dalam acuan muffin dan bakar dalam 20 hingga 25minit (suhu 170'C) atau
bergantung pada oven masing-masing.
Muffin Vanilla
Bahan-Bahan:
- 2 cawan tepung serbaguna (plain flour atau
all-purpose flour)
- 3/4 cawan gula castor
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 cawan susu, full cream Dutch Lady
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 biji telur, saiz besar
- 1/2 cawan butter, cairkan
- hirisan kacang badam, untuk hiasan
Cara Membuat:
- Panaskan oven kepada 180 degree celcius
- Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder, dan
garam.
- Dalam bekas berasingan, satukan susu, telur,
gula ,esen vanilla dan kemudian masukkan butter yg dicairkan. Kacau sebati
dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam bahan adunan tepung di dalam
mangkuk dan kacau sebati. Pastikan adunan tidak dikacau terlalu lama.
- Sudukan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh,hiaskan
dengan hirisan badam dan bakar selama 20 minit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan