Rabu, 15 Januari 2014

Doa Senjata Orang Mukmin

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....


Hari ni adalah sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Jabatan Penyiaran Negeri Johor. Disebabkan pejabat saya berjiran dengan RTM, maka kami pun turut dijemput sama untuk memeriahkan majlis. Ketika saya dan rakan yang lain turun, majlis berselawat dan berarak beramai-ramai telah dimulakan. Kami yang baru sampai ni dapat lah ikut sekejap majlis berarak dan berselawat tu  dan terus masuk ke Surau Ar-Raudah, RTM Johor. Pihak penganjur beri satu bunga telur dan bunga rampai kepada semua yang hadir.

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Mazlan dari Pejabat Agama Johor. Alhamdulillah, seronok sangat dapat dengar ceramah daripada ustaz ni. Sebelum berceramah ustaz mulakan dengan doa sebab ustaz kata "DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN". Sebab tu kalau kita nak apa-apa sekalipun, maka berdoalah. Kalau bukan harini Allah SWT makbulkan doa kita, mungkin esok, mungkin lusa, mungkin tulat atau mungkin di hari akhirat. Sampai menitis air mata ustaz ketika berdoa..

Antara intipati ceramah pada hari ini ialah ustaz kongsikan cerita kehidupannya dengan kami semua. Ustaz adalah seorang anak kepada pemandu KTM. Namun begitu, ketika umurnya 5 tahun, bapanya telah kembali ke rahmatullah kerana sakit buah pinggang. Ayahnya meninggal ketika berumur 43 tahun. Ketika itu, kehidupannya menjadi susah kerana ibunya tidak bekerja. Jika sebelum ini, dia sekeluarga hidup senang tapi setelah ketiadaan bapanya, ustaz menjadi seorang yang susah sehingga kadang kala ke sekolah tanpa wang. Namun begitu, arwah ayahnya berpesan iaitu :

  • Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada orang kerana hanya orang yang pandai mengucapkan terima kasih sahaja akan bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah swt kurniakan. Jika kita tak pandai berterima kasih dengan manusia, macam mana kita hendak berterima kasih kepada Allah SWT yang telah menciptakan kita.
  • Jangan bakhil dengan rezeki yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita. Jadi selalulah membantu orang lain. Ustaz memberi kan contoh kisah Sa'labah pada zaman Rasulullah. Dulu Sa'labah seorang yang rajin berjemaah dengan baginda. Namun begitu, selepas habis solat, Sa'labah telah keluar masjid tanpa menunggu sehingga habis doa. Apabila Rasulullah bertanya kepadanya, Sa'labah berkata bahawa pakaiannya itu perlu diberikan kepada isterinya pula untuk menunaikan solat kerana mereka hanya mempunyai sehelai pakaian sahaja. Sa'labah memohon kepada nabi supaya mendoakannya menjadi kaya. Dengan izin Allah SWT, Sa'labah diberikan 2 ekor kambing untuk dipelihara. Kambingnya membiak dan membiak dengan banyak sehinggalah wajib mengeluarkan zakat. 40 ekor kambing - seekor perlu diberikan sebagai zakat. Namun begitu Sa'labah menjadi seorang yang bakhil untuk berzakat sehinggalah Allah SWT menurunkan bala kepadanya.
  • Jangan lupa mengucapkan Alhamdulillah kerana semua nikmat yang diberikan kepada kita adalah kepunyaan Yang Maha Esa.

Selain itu, ustaz kongsikan juga dengan kami semua tentang kisah kekayaan. Ada antara kita yang kaya dengan banyaknya harta, banyak wang, kereta mewah. Ada juga orang yang kaya dengan anak yang ramai, isteri yang ramai..ehem...ehemmm.....Ustaz contohkan SY. 

Ada yang kaya jiwa. Bila kaya dengan jiwa, In Sya Allah kita hidup bahagia. Kita tidak akan cemburu dengan orang lain, kita akan bersyukur dengan segala yang dikurniakan kepada kita. Kita bahagia walaupun hanya naik kereta biasa. Ustaz contohkan dengan kisah kehidupan Goh Chok Tong (kalau tak silap la....) yang merupakan seorang yang kaya raya. Namun begitu, walaupun kaya dengan wang dan kemewahan, Goh Chok Tong mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan beliau tidak boleh makan sebarangan dan hanya boleh makan bubur sahaja. Sebab tu kesihatan juga merupakan satu kekayaan kepada kita yang perlu kita syukuri.

Ustaz kongsikan juga cerita mengenai seorang yang sangat miskin dan papa kedana di Sungai Balang, Muar, Johor. Ketika ustaz menyampaikan ceramah kepada Ahli Persatuan Nelayan Kawasan Parit Jawa, Muar, terdapat seorang lelaki yang datang dengan menaiki kereta mewah ...Mercedes Benz. Kemudian lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Abu...seorang yang miskin, papa kedana dan bangsat pula. Ustaz kata dia pun tak percaya dengan kata-kata Abu. Kemudian Abu pun menceritakan kisah hidupnya. Dulu ketika ibunya meninggal dunia, keluarga yang memeliharanya memaklumkan kepada Abu bahawa Abu dan ibunya bukan saudara mara mereka. Disebabkan keluarganya mempunyai anak perempuan yang ramai dan sudah meningkat dewasa, maka keluarganya menyuruh Abu keluar dari rumah tersebut. Abu dan ibunya datang menumpang ke rumah tersebut ketika Abu kecil lagi. Ibunya memaklumkan bahawa dia mahu menumpang di rumah tersebut untuk membesarkan Abu sahaja dan rela menjadi orang gaji di rumah tersebut. Disebabkan ibu Abu sudah meninggal dunia dan Abu sudah dewasa, maka keluarganya mengarahkan dia keluar dari rumah tersebut.

Disebabkan hidup sebatang kara, maka Abu menumpang di sebuah rumah tinggal berhampiran sawah padi di Sungai Balang, Muar. Rumah tersebut sudah hampir roboh, atap bocor dan tingkap yang sudah tanggal. Abu hanya ditemani lilin pada waktu malam. Namun begitu Abu rajin menunaikan solat. Ketika ke masjid seorang ustaz menasihati Abu. Sekiranya hendak menjadi orang kaya, maka solatlah tahajud pada waktu malam selama 44 hari. In Sya Allah...akan termakbullah doa kita.

Disebabkan itu, maka Abu pun bersolatlah tahajud setiap malam. Ketika bersolat pada hari yang terakhir, semasa salam yang pertama, tiba-tiba Abu terlihat satu cahaya yang sangat terang di tingkap rumahnya. Dalam samar-samar malam tersebut Abu seolah-olah melihat  tiga lelaki duduk di tingkap rumahnya. Seorang lelaki tersebut berkata dalam bahasa Arab "Haza Muhammad". Kemudian Abu menyudahkan salam yang kedua dan apabila dia melihat kembali tingkap rumahnya, cahaya tersebut telah hilang dari pandangan. Abu hanya duduk diam di sejadahnya memikirkan tentang apa yang dilihatnya sebentar tadi. Dia merasakan seolah-olah dia bermimpi. 

Apabila hari siang, tiba-tiba datang seorang membawa dua ekor kambing kepada Abu untuk dipelihara. Apabila kambing tersebut dipelihara, maka membiaklah kambing tersebut dengan banyaknya sehingga Abu menjadi kaya raya. Abu pun berkahwin dan dikurniakan 8 cahaya mata. Kekayaannya menjadikan Abu mampu membeli bot-bot untuk digunakan nelayan-nelayan di kawasan Pantai Parit Jawa menangkap ikan. Hasil tangkapan nelayan juga banyak sehingga ada bot yang tidak mampu membawa pulang hasil tangkapannya. Abu juga mampu membeli semua sawah di kawasan Sungai Balang, Muar.  Kisah Abu ini patut menjadi iktibar kepada kita supaya rajin berdoa dan bersolat tahajud kerana hanya doa sahaja yang menjadi senjata kita. 

Selain itu, Ustaz juga berkata kepada sesiapa yang masih belum berkahwin, maka selalulah baca surah Yassin supaya dikurniakan jodoh dan rezeki.

Sebenarnya panjang lagi ceramah ustaz tadi dan sangat seronok mendengarnya. Walaupun dah 2 jam setengah duduk di surau mendengar ceramah tapi rasa macam 20 minit jer ustaz berceramah. Inilah kisah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Mazlan kepada kami sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW. Semoga ilmu  yang ustaz sampaikan tadi akan menjadi pedoman kepada saya. 




2 ulasan:

anajingga berkata...

menarik...ilmu yang dipanjangkan utk manfaat bersama..

DESA PERMAI berkata...

Semoga dapat menjadi pedoman buat kita semua.

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu