Hujung minggu je otak ni akan berpusing-pusing mencari idea, apa nak buat dan apa yang nak dimakan. Mmmm....tu la orang pempuan ni, asyik pikir nak makan, makan dan makan.....Yer la makan tu penting untuk hidup tapi bukan hidup untuk makan yer....kesihatan harus dijaga juga.
![]() |
Donut baru nak mengembangkan dirinya |
Disebabkan semalam pagi dah goreng mee tiaw sepaket...harini rasa buat kuih jer la. Rasanya semalam mee tiaw aku tu simple jer...goreng dengan sayur taugeh, daun kucai, fish kek, telur dan letak kicap sikit. Rencah lain tu macam biasa la...letak lada sikit, bawang, udang kering, sos dan kicap. Tapi Aiman makan punyalah sedap...Dia kata "Ibu ni macam Chef laa....ibu masak sedap"...Hahaha...tergelak aku dengar anak aku komen mee tiaw goreng aku...sedap sangat dia kata.
![]() |
Dah kena masuk dalam kolam |
Tapi bagus juga sebab bila dah masak ada anak yang tukang perabiskan. Kalau tak membazir pulak dibuatnya. Yer la sepeket tu aku goreng. Disebabkan banyak, siap bagi Mak Ony sepinggan lagi...walaupun aku rasa macam tak berapa nak OK jer...tapi boleh lah..yang penting dapat sama merasa..hehe
![]() |
Seperiuk hasilnya..melantak donat jer la jawabnya harini. |
Sebenarnya nak citer pasal donut ni...dah tercerita pasal mee tiaw pulak dah. Ok harini buat donut pulak yer..Resepinya simple je ambik di DI SINI ....(Terima kasih kepada Dapur Mamasya atas perkongsian resepi tersebut. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya) Yang penting senang, mudah, sedap, gebu dan tak membazir kalau membuatnya. Habis donut kali ni...Masa makan pulak aku tuang je dengan sos coklat yang dah sedia ada dalam botol....mudah kan. Lagipun donut ni dah manis, jadi tak yah tabur dengan gula serbuk lagi...Kurangkan Manisan Dalam Makanan, Lebihkan Manisan Dalam Senyuman. Ok...selamat mendonut yer kawan-kawan.