Isnin, 24 Mac 2014

Ole-Ole Dari VIETNAM

Rabu lepas mak mertua, acik, Mak Nok, Uda dan beberapa orang jiran bercuti-cuti ke Vietnam. Biasalah mereka ni memang rajin berholiday...tak macam aku yang lebih suka memerap di rumah atau di pejabat. Kalau nak berholiday pun kena semak bajet dulu kan. Mereka memang suka makan angin naik kapal terbang je...setahun mau dua tiga kali makan angin....aku jer yang makan nasi bungkus kat pejabat, tu pun bungkus dari rumah sendiri.....hehehe..



Beg Tangan Pemberian Mak Mertua Tersayang

Bulan Januari yang lepas Mak Mertua, Acik sefamily, Uda, Mak Nok baru jer pulang mengerjakan umrah. Bulan Mac ni mereka pergi berholiday ke Vietnam pulak. Baru jer turun dari kapal, mereka dah booking untuk ke Bukit Tinggi, Indonesia pulak lepas ni. Katanya bulan Ogos nak pergi......iskh..isk...rajinnya lah berjalan-jalan mereka ni.

Beg Ekslusif Pemberian Acik


Bak kata mak mertuaku, mereka semua dah warga emas. Nak makan pun bukan banyak mana. Jadinya duit yang ada lebih baik buat pergi berjalan-jalan makan angin melihat keindahan negara orang. 


Manisan Kelapa 


Betul juga kata mak mertua aku..yer la mereka semua bukan ada apa yang nak difikirkan. Lainlah yang banyak tanggung jawab macam aku ni. Setiap kali gaji aku akan bayar hutang piutang dulu sebelum bakinya buat berbelanja. Tu pun belum sampai sebulan duit yang ada dah habis beli itu dan ini. Tapi setakat ni duit cukup lah untuk makan...tak lah sampai tak makan... Kalau takde duit, tabung pisang kat rumah pun ada..sumber wang ketika kecemasan. Yer la kadang kita dah bajet cantik jer untuk cukup-cukup sebulan, tapi kalau ada kecemasan...sapa yang tahu kan...nak tak nak kena keluar juga wang simpanan yang ada. Sekurang-kurangnya kita ada juga menyimpan sedikit, kalau tak de menyimpan lagi la susah dibuatnya. 




Telekung Berbunga Sulam Daripada Mak Nok


Sebelum pergi haritu Mak Nok ada juga tanya nak kirim barang apa. Tapi aku tak kirim apa-apa pun. Cuma doakan supaya mereka semua selamat pergi dan balik.


Kain Pasang Corak Passley Drpd Mak Nok

Dompet Berbunga Sulam Drpd Mak Uda


Nak kirim baju, kat sini pun banyak baju. Nak kirim telekung, kat sini pun banyak telekung sembahyang. Semuanya boleh beli di sini jer la....tak yah la nak susah-susah berangkut bagai dari Vietnam ke Johor.

T-Shirt Aisy drpd Nenek Yo


Masa balik dari Vietnam Ahad lepas, banyak pulak mereka belikan aku barang-barang. Alhamdulillah orang beri terima jer la. Takde pun aku tak kesah sebab apa yang aku ada sekarang, tu yang aku guna setiap hari. Terima kasih kepada semua yang telah berikan ole-ole dari Vietnam tu....jasamu dikenang sepanjang hayat...

T-Shirt Aiman drpd Nenek Yo

4 ulasan:

Sue Bee berkata...

sama jugak la keadaannya cam SB ni..sedara mara sana sini je melancong, kita duk diam2 kat rumah melancong lam netbook saja..btw, pemberian MM DP tu semua cantik2.. :)

DESA PERMAI berkata...

Tu la Sue Bee...saya melancong dalam internet jer...ok la..jauh juga perjalanan saya ni. Dapat ramai kawan-kawan macam Sue Bee, Sofia Ningkan dan ramai lagi. Leh bertukar-tukar resepi dan cerita pulak tu.

hainom OKje berkata...

Tak pergi melancong pun awak dah mcm shopping kat sana DP....Bukan main banyak lagi souvenir tu hehe....
Cantik beg hitam atas tu....

DESA PERMAI berkata...

Okje...tu la, untung-untung...ramai sedara, ramai pulak yang belikan souvenier...diaorang sanggup bershooping baju dan telekung sampai habis ribu-riban untuk bawak balik ke Malaysia.

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu