Nissan Sentra 1.6 |
Memang dah lama nak cari kereta lain sebab kereta yang ada dah sempit...dah lama kahwin badan pun makin naik nilai kapasitinya....lepas tu anak-anak semakin membesar, balik kampung pulak bawak makcik dua orang, makanya kereta sedia ada aku tu (kereta kebal) dah sempit dan sendat.
Test duduk dulu sebelum beli kereta ini |
Nak tak nak kena beli juga kereta lain yang lebih selesa, tapi apakan daya nak beli kereta yang baru keluar dari kilang memang tak mampu lerr....dah kalau kereta baru mesti harga pun cantik. Jadi kesimpulannya ambik jer la kereta second hand yang penting luas dan selesa bila pergi jalan-jalan dan balik kampung.
Enjin kereta pun ok lagi |
En. Hubby yang pergi survey kereta second hand kat internet...mudah.com...yer la bab kereta ni aku bukan pakar pun...tahu bawak dan jalan jer...bab servis atau lain-lain semua fail. Bila search punya search kat mudah.com En. Hubby berkenan dengan kereta Nissan Sentra ni...sebabnya keadaannya masih elok, tempat duduk kulit, enjinnya masih tiptop dan bunyi senyap. Terus dia usha tuan punya kedai kereta. Lagipun yang paling penting harganya masih di tahap kemampuan aku untuk membayarnya...nak bayar yang mahal-mahal memang aku tak mampu la...banyak benda kena fikir juga. Bukan fikir pasal kereta jer...makan pakai semua kena ambil kira. Kang tak pasal-pasal duit habis buat bayar kereta jer...tapi hari-hari makan telur jer lee..mmmm
Body pun boleh tahan masih berkilat dan cantik |
Bila dah pergi ke kedai kereta dan tengok sendiri keadaan kereta tu memang puas hati la walaupun umur kereta ni dah 10 tahun juga...lebih tua umurnya dari kereta sedia ada yang baru berusia darjah 2...tapi millage rate baru 167, 000 ..... kereta sedia ada pun dah 180,000 walaupun umur baru 8 tahun ...ni menunjukkan kereta sedia ada lebih banyak berjalan daripada kereta ni. Body pun masih tip top dan berkilat...cantik lah lagi.
Melaram dgn kereta baru |
Disebabkan En. Hubby dah berkenan dengan kereta Nissan Sentra ni, maka setuju lah nak ambik kereta ni. Petang Jumaat pergi tengok kereta dan bayar duit booking RM2,000.00 ....terbang lah duit tu kat taukeh kedai...huhuhu...sabar ..sabar...nak dapat benda baru kena redha kan ajer la yer.
Ada gaya tak....??? |
Lepas tu baru lah pergi cari bank untuk buat pinjaman atau lebih cantik lagi buat hutang ...hahaha...Mula-mula pergi survey kat MBSB ...bila pegawai MBSB kira kan gaji aku tu memang layak sangat...aku bukan ada hutang apa pun....setakat ini hanya hutang kereta dan pinjaman ASB yang tak seberapa....cheewahhh.... memang sah-sah layak la nak tambah hutang. Siap pegawai MBSM tu isikan borang pinjaman lagi. Padahal En. Hubby suruh buat survey jerr pun bukan suruh isi borang...mmmm....menunggu la En. Hubby kat motor sebab aku lambat turun dari pejabat MBSB.
Tapi bila tengok kat Bank Rakyat, bayaran balik lagi murah. Jadinya keputusan yang dibuat adalah ambik hutang di Bank Rakyat...beza banyak juga ..RM27 dengan jumlah pinjaman yang sama....banyak tu...boleh isi minyak kereta untuk seminggu pergi kerja. Terus jer isi borang pinjaman kat Bank Rakyat...pegawai bank tanya ada hutang apa...aku cakap hutang kereta dan ASB...rupa-rupanya hutang rumah aku pun ada nama aku juga walaupun En. Hubby yang bayar setiap bulan...Seriau juga aku takut tak lulus pinjaman. Alhamdulillah lulus juga pinjaman tu....Jumaat mohon, hari Selasa dah dapat duitnya. Cepat, mudah dan sedap lah...yer la kira jadi orang kaya sekejap la aku ni.
Masuk bengkel - tukar absober |
Hari Khamis terus keluarkan duit dan bayar baki hutang pada tuan kedai kereta...Lepas tu pergi ke JPJ dan tukar nama kereta....terus dapat geran dan roadtax kereta. Tapi sebelum tu pergi ker Kurnia Insurans dulu sebab nak tarik NCD kereta lama dan bawa ke kereta baru...kalau tak mahal la nak bayar insurans kereta ni nanti.
Nak bagi elok dan selamat perjalanan, maka kena tukar juga absober |
Seminggu dah En. Hubby naik kereta ni pergi kerja ...dapatlah dia merasa apa yang tak berapa nak kena dengan kereta ni...Rupa-rupanya Absorber dah rosak...patutlah bila lalu lubang sikit jer dah menyanyi-nyanyi tayar kereta ni. Apa lagi terus hantar bengkel dan tukar absorber yang baru. Sekarang tugas En. Hubby ialah menjadi tenaga pengajar kepada aku untuk belajar semula kereta sebab kereta ni kereta Auto...aku tak reti nak memandu kereta auto sebab kereta sedia ada adalah kereta manual... Ramai orang cakap kereta auto senang tapi bagi aku kereta manual lagi senang sebab dah sebati dalam hidup bawak kereta manual dari mula ambik lesen sampailah ada kereta sendiri. Ni tiba-tiba nak bawak kereta auto....sah-sah kena belajar balik la jawabnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan