Bazar Ramadan ... memang menjadi tumpuan ramai terutamanya kepada umat Islam apabila berpuasa. Terutamanya kepada mereka yang berkerjaya. Yer la, pergi kerja pagi balik petang dah pukul 5.00 petang. Tu belum kira trafiic jem lagi, ambik anak di rumah pengasuh lagi...Sampai rumah pun dah hampir pukul 6.00 petang. Nak mandi, masak dan solat Asar...dah hampir pukul 7.00 malam juga sedangkan waktu berbuka pukul 7.18 malam (waktu di Johor Bahru). Mana nak sempat masak dan sediakan juadah untuk berbuka puasa. Memang akan terkejar-kejar lah jawabnya. Belum kira lagi kalau anak meragam..memang tak masak la jawabnya kalau anak buat hal.
Hari ni dah masuk hari ke 8 dalam bulan Ramadan, sekejap jer masa berlalu tapi sehingga ke hari ini belum pernah sekalipun aku menjejakkan kaki ke bazar Ramadan yang jaraknya hanya 1km dari rumah. Kalau sebut jer Bazar Ramadan Bandar Baru Uda, JB berhampiran Masjid Jamek Bandar Baru Uda, semua orang tahu yang bazar ni memang popular dengan pelbagai juadah yang dijualnya. Macam-macam makanan ada dari kuih-muih, pelbagai jenis minuman, roti canai dan martabak, nasi arab, nasi beriani, nasi lemak, nasi ambang, nasi kerabu, pelbagai jenis kek, pelbagai jenis mee, pelbagai jenis rojak......pendek kata semua ada lah.
Kalau 2 tahun lepas, balik kerja aku tumpang makcik jadi hari-hari lalu bazar Ramadan dan makcik akan berhentikan aku tepi jalan sementara dia cari tempat parking kereta. Jadinya setiap harilah aku akan ke bazar Ramadan, tapi bila tahun ni aku pergi kerja bawak kereta sendiri memang aku malas nak singgah bazar Ramadan pun sebab susah nak cari parking kereta. Lagi pun bila tengok banyak sangat makanan yang dijual sampai dah tak tahu nak beli apa. Ada kuih tu yang dijual pun dah tak rupa kuih....jurujual pun buat alakadar jer...janji meramaikan suasana bazar.
Cumanya kalau ke Bazar Ramadan Bandar Baru UDa, aku mesti beli air soya panas dan kuih pau sambal. Tapi hanya satu tempat je yang kuih pau sambalnya sedap...Kuih-Muih made in Kempas...tapi tahun lepas akak tu tak niaga pulak..tahun ni tak tahu lah niaga lagi ke tak sebab tak jejakkan kaki ke bazar lagi setakat ini.
Alhamdulillah, bulan puasa ni Bos bagi kebenaran untuk balik setengah jam awal, memang sempat lah untuk aku masak walaupun alakadar sahaja. Bulan puasa ni bukan nak makan sangat pun, sekadar sedikit makanan untuk berbuka dan makan nasi selepas Solat Maghrib. Jadinya aku buat cucur atau roti telur untuk berbuka puasa. Lauk pulak kena tengok stok dalam peti ais ....ada ayam, masak ayam, ada ikan masak ikan....kalau hujung minggu pulak kena ikut selera anak bujang aku...kalau nak makan mee, buatkan lah dia mee....kalau dia nak makan ayam masak lemak...masakkan lah....Lagipun ni tahun pertama Aiman berpuasa...Alhamdulillah setakat ni dia masih bertahan lagi. Pagi pun dia rajin bangun untuk bersahur.
2 ulasan:
mmg meriah dgn segala pilihan makanan kalau gi mana2 bazar ramadan..
Memang pun Sue Bee...sampai tak tahu nak pilih menu untuk berbuka kalau pergi bazar Ramadan ni....semua nampak sedap jer...tapi bila beli tak larat pulak nak menghabiskannya.
Catat Ulasan