Dah 2 minggu kekanda saya ...Cik Mormi Sumar menjadi penghuni hospital. Mula-mula jadi penghuni Hospital Sultanah Nora, Batu Pahat tapi sebab Batu Pahat takde yang pakar dalam bahagian kepala, makanya kekanda kena hantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
![]() |
Hanya mampu terbaring sahaja |
Untuk makluman semua, dalam 14 adik beradik saya, hanya tinggal kekanda saya yang ni sahaja belum berumah tangga. Yang lain semua dah merantau mencari rezeki merata-rata tempat tetapi kekanda saya ni sahaja yang duduk di kampung menjadi teman setia kepada bonda tercinta. Dia hanya bekerja di kilang yang berada di Taman Sri Sulong, Batu Pahat tapi saya tak pasti kilang apa. Sebelum ini dia kerja di kilang selipar di tempat yang sama tetapi sejak kerajaan tetapkan gaji miniman RM900 maka pihak kilang telah menutup operasinya dan menyebabkan kekanda saya diberhentikan. Lama juga dia duduk di rumah sahaja, hanya melakukan kerja-kerja kebun, petik buah kopi dan kutip buah kelapa sawit sambil temankan bonda yang semakin di mamah usia di rumah. Selepas tu dia masuk pula ke kilang papan...buat kerja-kerja kasar dengan mengelap dan menggosok papan. Kesian tengok dia...Mula-mula kami semua pun tak tahu dia kerja kilang apa sehinggalah bonda dan adik saya menjengahnya di kilang sewaktu dia sedang bekerja untuk mendapatkan kunci rumah. Sedih bonda saya melihatkan kekanda saya yang kerja di tempat yang sudah tentu kotor, berhabuk dan berat. Kekanda saya seorang yang kuat dan tabah...dia tak nak mengharapkan orang lain untuk perbelanjaan sehariannya. Kalau saya pun belum tentu saya sanggup untuk bekerja di kilang yang penuh debu dan habuk dan melaksanakan kerja berat. Terpaksa mengangkat papan dan kayu untuk digosok dan dilap sehingga berkilat. Itulah sedikit sebanyak cerita mengenai kekanda saya.
Mata bengkak tak leh bukak, kepala berstapler..Semoga kekanda cepat sembuh dan pulih
Nak dijadikan cerita pada hari Ahad 2 minggu yang lalu, kekanda saya macam biasalah aktiviti sehariannya. Lepas balik kerja dia akan ambil penyapu dan pongkes untuk menyapu sampah di sekitar halaman rumah. Kalau tak pun dia akan pergi ke pasaraya berhampiran untuk membeli barang keperluan seharian. Tapi dua minggu yang lalu sedang dia asyik menyapu sampah di halaman rumah tetiba sahaja dia jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri. Mukanya pucat dan biru macam tiada darah lagi. Mak yang jumpa dia di bawah pohon jambu air di halaman rumah terkejut. Cepat-cepat mak panggil adik untuk angkat kekanda saya ni. Nasib baik adik ada kat rumah mak masa hari kejadian. Lepas bagi air minum, kekanda saya muntah-muntah yang banyak dan keadaan muntahnya memang sedikit pelik. Muntahnya berwarna hitam dan hampir menyamai najis kita. Waktu tu dah hampir senja, dia masih tidak sedarkan diri. Jadi apa daya bonda dan adik saya, maka dia pun hantar kekanda saya ke Hospital Batu Pahat.
Bila masuk je ke bahagian Kecemasan, kekanda masih tidak sedarkan diri lagi. Sampai pukul 4.00 pagi bonda dan adik menunggu kakak di bahagian kecemasan. Tentulah bonda dan adik keletihan menantikan jawapan daripada doktor dan menanti kekanda saya tu di hantar ke wad. Pukul 4.00 pagi adik dan bonda terpaksa tinggalkan juga kekanda di hospital sebab adik perlu ke sekolah untuk bekerja. Keesokan harinya barulah jengah semula kekanda....kemudian dapatkan jawapan daripada doktor tentang masalah kesihatan kekanda saya ni. Melalui x-ray yang dibuat, doktor mengesahkan kekanda saya mengalami masalah pendarahan di kepalanya. Jadi untuk menyelamatkan dia kekanda perlu dibedah dalam tempoh 24 jam. Tapi disebabkan di Hospital Batu Pahat tiada doktor pakar, maka selepas dua hari menjadi penghuni hospital Batu Pahat, kekanda saya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dengan ambulans.
![]() |
Dawai kokot sepanjang bekas operation |
Pukul 12.00 tengah hari adik telefon saya memaklumkan yang kekanda saya ni dah dihantar ke HSA JB. Nasib baik saya tiga beradik ada di JB. Lagi bertuah sebab adik ipar bertugas di HSA jadi senang la dia cari kekanda. Petang lepas balik kerja saya dan adik terus menuju ke HSA, JB. Adik ipar saya maklumkan yang doktor mengesahkan kekanda mengalami pendarahan dalam kepala dan perlu buat pembedahan secepat yang mungkin bagi mengelakkan salur darah pecah. Namun disebabkan pembedahan lewat dibuat, salur darah di kepalanya dah pecah. Selepas 5 hari di HSA, kekanda pun di operate...lama 7 jam doktor buat pembedahan. Doktor maklumkan risiko pembedahan itu ialah kemungkinan boleh menyebabkan strok dan koma. Ramai pesakit yang koma dan ada yang terus meninggal. Sebab pembedahan di kepalda memang mempunyai risiko besar. Masa tarikh pembedahan tu, Kak Long, suami dan anak, bonda, abg Arif, Kak Maringah datang melawat. Tapi masa pembedahan memakan masa yang terlalu lama. Tak kan kita nak melanguk menunggu di hadapan bilik bedah. Jadinya abg ambik keputusan supaya bawa bonda yang yang lain-lain balik ke rumah adik di BBU untuk berehat. Kekanda dimasukkan ke bilik bedah jam 1.00 petang dan proses pembedahan memakan masa selama 6-7 jam. Makanya pukul 7.00 malam barulah pembedahan selesai. Pukul 8.00 malam barulah kekanda di pindahkan ke Wad HDU Neuro....semua wad ni kes kepala la. Macam-macam kes ada. Hanya adik dan mak yang datang melawat kakak di wad selepas pembedahan sebab Security tak benarkan yang lain naik. Bila tengok malam tu kekanda masih tak sedarkan diri. Kesian tengok dia, dengan kepala dah operate dan botak... kena tambah darah lagi. Badannya tak bermaya hanya terbaring sahaja.
![]() |
Panjangnya macam kala jengking |
Keesokan harinya barulah saya melawat kekanda di Wad HDU Neuro. Kekanda masih lemah dan tak bermaya walaupun sudah sedarkan diri. Dia tak leh bergerak dan bangun jadi terpaksa pakaikan dia lampin untuk buang air. Sedihnya tengok dia yang selalu aktif dan cergas tetapi tiba-tiba terbaring tidak bermaya. Semalam pergi datang melawat dia, doktor dah bukak plaster yang tampal pada operate dia tu...lagilah kesian bila tengok kepala dia kena stapler....macam guna stapler dinding tu. Sakitnya hanya dia yang tahu. Makan pun hanya sesudu dua...bila sakit semua hilang nikmat yang ada selama ini....Memang kesian tengok dia. Doktor kata lebih baik pakai dawai ikat kepalanya daripada berjahit. Kalau jahit nanti kepala boleh gegar dan tak kukuh. Lepas ni kekanda saya tak leh la buat kerja lasak. Kami adik beradik dah sepakat tak beri dia kerja lagi. Dia perlu duduk rumah temankan bonda. Dan entah berapa lama lagi dia perlu duduk di hospital...kami pun tak pasti. Kini rutin harianku setiap petang selepas balik kerja ialah akan ke hospital untuk melawat kekanda. Nak temankan dia sepanjang masa memang tak boleh sebab anak-anak pun perlukan penjagaan dan kasih sayang, jadi hanya waktu yang sebentar tu sahaja untuk uruskan kekanda ...suapkan dia makan, beri dia minum dan tukarkan lampin dia. Lap badan dia dan tengok apa keperluan dia. Saya doakan semoga kekanda cepat pulih dan sihat seperti sedia kala. Semua anak-anak sedara sayangkan Cik Mor...dia lah yang ada di kampung bila kami semua pulang bercuti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan