![]() |
Semalam, 12 Oktober 2014 adalah hari Sukaneka Tabika Perpaduan Daerah Johor Bahru. Semua tabika berkumpul di Padang Taman Perumahan Sri Stulang, Johor Bahru untuk bersukaneka bersama-sama.
Macam biasa, seawal jam 5.00 pagi saya dah bangun untuk menyediakan makanan untuk santapan sekeluarga. Harini ibu dan ayah dengan rela hatinya mengambil Cuti Rehat Cuti Kecemasan sebab nak bagi sokongan moral kepada anak ibu yang montel ni bersukaneka. Kan nanti Abg Aiman sedih pulak bila ibu dan ayah tak datang tengok dia bersukaneka. Ibu dan Aisy pun datang sama ke Program Sukaneka Tabika Perpaduan. Naik bas dengan kanak-kanak riang ni...naik bas kilang lagi. Dah lama tak merasa naik bas kilang, dulu naik bas zaman kerja kilang lepas SPM dan STPM ...sekarang dah bawak kereta sendiri bila pergi balik kerja. Kena ada perubahan la katakan.
Tahun lepas masa dia umur 5 tahun ada juga program Sukaneka tapi sebab tahun lepas cikgu kata sesiapa yang tak masuk apa-apa acara atau bahagian boleh tak pergi, maka Aiman pun tak pergilah ke Sukaneka tahun lepas. Walaupun tak pergi bersukaneka tapi semua murid dapat juga medal...yer la anak-anak kecik kan....kalau tak beri mau dia melaung menangis tak nak berenti sebab tengok kawan lain dapat hadiah.
Tahun ni, Aiman masuk banyak acara Sukaneka. Cikgu Erin memang harapkan dia la tapi apakan daya...hanya satu acara sahaja yang dapat hadiah. Yang lain semua kalah. Tak per lah Abg Aiman, dah nama pun bersukan, mestilah ada kalah dan menang. Lepas ambik hadiah Cikgu Erin kumpulkan semua hadiah (piala) sebab nak beri masa kat kelas nanti.
Sampai jer ke Padang Perumahan Sri Stulang program dah bermula iaitu perbarisan kanak-kanak Tabika Perpaduan Johor Bahru. Tabika Perpaduan Skudai Kanan, BBU terlambat sampai pulak...makanya sampai jer terus masuk ke perbarisan la jawabnya.
Lepas perbarisan, ada ucapan perasmian oleh Ahli Parlimen Johor Bahru, YB Tan Sri Shahril Samad. Walaupun program ini untuk kanak-kanak tapi saya respek la YB sebab sudi datang merasmikan majlis ni. Sebab tu rakyat sayang kat YB Shahril Samad sebab sudi meluangkan masa untuk sama-sama dengan kanak-kanak yang ceria ni.
Sebenarnya ramai juga ibu bapa yang datang turut serta dalam Sukaneka ni. Nak bagi sokongan moral kepada anak masing-masing. Walaupun ada yang tak masuk apa-apa acara sukan tapi masih turut serta bersama-sama yang lain meramaikan penonton dan memberi sokongan kepada sekolah masing-masing. Terjerit-jerit semua beri sokongan kepada anak-anak mereka.
Selepas habis acara Sukaneka, semua kanak-kanak Tabika Perpaduan Taman Skudai Kanan ke Dewan Taman Skudai Kanan sebab kawan sekelas Aiman iaitu Adam menyambut hari lahirnya. Besar-besaran juga dia buat majlis sambutan hari lahirnya. Macam-macam makanan ada.
Aisy la yang paling seronok harini sebab dapat lepas bebas. Kat padang pun asyik hilang jer la dia. Ibu tengah berbual dengan ayah, tetiba jer dia hilang dari pandangan mata. Ingatkan dia main dengan Abg Aiman, rupanya dia tuju ke khemah Tabika lain. Nasib baik baju dia lain daripada yang lain, jadi senang sikit nak cam...ibu ni lah asyik berlari mengejar Aisy ni. Bebas betul harini dia.
Kanak-kanak semua seronok sebab ada maskot Tupai ni. Ibu Adam panggil Marrybrown untuk Sambut Hari Jadi Adam. Aiman boleh tanya pada maskot ni "Tupai, awak berasal dari planet mana?" ...aduhai Aiman ni lah ...malu ibu dibuatnya.
Riang gembira la semua kanak-kanak ni dihiburkan oleh maskot ni. Semua sibuk nak peluk dan pegang maskot tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan