Hujung minggu lepas kami sekeluarga dengan nenek Yo dan Mak Nok bercuti ke Kuala Lumpur. Sebenarnya tujuan utama untuk hadir majlis jemputan kahwin rumah sepupu di Putra Perdana, Puchong. Tapi bak kata orang, sambil menyelam minum air. Sambil datang majlis kawin, kami sekeluarga berjalan-jalan sekali bukan bershooping tau. Jalan-jalan setakat isi minyak kereta dan bayar tol jer, tapi kalau shooping poket kena tebal, baru seronok.
Diana, adik hubby ajak ler ke IOI Mall, yang baru bukak....Bila dah ke sana, nak cari parking pun susah. Kereta banyak sangat dan orang pun lagi lah ramai. Apa mereka cari ntah..semua tertumpu di IOI Mall. Saya dan En. Hubby pulak bawa 4 budak lelaki ni, yang dah sah-sah semua tengah lasak dan lincah. Aisy terpaksa saya dukung sebab dah tertido. En. Hubby kena jaga 3 orang lagi. Memang kena berjaga-jaga la jawabnya bila bawak anak-anak ke tempat yang ramai orang ni, takut anak terlepas dari tangan dan hilang dari pandangan. Orang punya lah ramai di IOI Mall ni sampai nak masuk lif pun penuh memanjang jer.
Disebabkan dah terlalu lama tunggu lif tapi tak dapat-dapat, maka En. Hubby ajak naik tangga jer. Pimpinlah 4 orang hero ni di tangga. Aisy pulak dah membuang air...semakin tak selesa lah nak berjalan-jalan. Mak mertua, Diana dan Mak Nok pula dah tak nampak bayang. Nak call pun line telepon boleh takde...mana tak susahnya. Akhirnya mesej je la jawabnya ..Dah lah terpisah sejak masuk parking kereta tadi, bila dah masuk dalam shooping mall lagi lah susah. Aku susah hati betul la bila IOI Mall di dipenuhi orang...dah macam ulat pulak aku tengok. Semua kedai penuh dengan manusia. Dari manalah mereka ni datang, sampai kedai emas pun penuh dengan orang. Hishhh...ramainya manusia.
Aku dan En. Hubby tercari-cari Diana dan mak mertua. Mereka pun tercari-cari kami. Siap aku cakap pada hubby, "kita cari tandas jer lah, tukarkan lampin Aisy, lepas tu kita keluar, tak payahlah jalan di tempat yang sesak dengan orang ni dengan bawak budak. Takut tak selamat"..Tak lama lepas tu kami jumpa Diana dan Mak Mertua. Aku dan En. Hubby terus tuju ke tandas untuk salinkan lampin Aisy. Tandas pun penuh sampai kena berbaris panjang. Disebabkan tandas lelaki kosong, aku suruh En. Hubby tukarkan lampin Aisy. Lepas tu kami berpakat untuk keluar jer dari IOI Mall dan pergi ke tempat lain. Tak sanggup rasanya aku nak meredah manusia yang penuh di situ dengan bawa anak-anak. Kedai yang ada dalam shooping mall tu pun sama jer macam kedai di JB atau kat mana-mana. Akhirnya kami hanya beli Papa Roti untuk mengalas perut yang lapar dan terus keluar dari IOI Mall menuju ke Cyberjaya. Diana belanja makan Nasi Arab di Saba Restoran, Cyberjaya. Lepas tu terus balik ke Muar.
Sempat pulak Aiman melaram.
Aiman dan Aisy di hadapan Masjid Putrajaya
2 ulasan:
Gitulah nak membesarkan anak DP .....taska , baby sitter mmg jadi agenda utama.
Wah org jauh pun dah sampai IOI mall yer
tu la Okje..bila kerja ni memang kena pikir mana nak letak anak, siapa nak jaga anak, ok ke tak kalau letak kat taska...takut juga bila baca citer kes-kes penderaan di taska, nasib baik lah anak saya tu dah besar, cuma nak tinggalkan dia utk transit jer, kalau masih baby pun risau juga nak letak di taska.
Catat Ulasan