![]() |
Tertidur selepas tangan kena cucuk jarum |
Aisy kena hernia lagi, itulah yang saya perasan bila tengok kemaluannya membesar. Padahal Ogos 2014 dah buat operate buang hernia bahagian kanan. Tapi kali ini yang besar sebelah kiri pulak. Mana ada ibu tak risau bila tengok anak kena macam ni kan....dah tentu sayalah orang yang paling risau.
![]() |
Lenanya tidur |
Jadinya bulan Disember 2014 saya bawak Aisy pergi ke Klinik Swasta. Tapi masa tu bawa ke klinik sebab dia demam, batuk dan selesema. Terlanjur ke klinik tu saya tanya terus pada doktor kenapa dengan kemaluan Aisy. Padahal dah buat operate. Doktor maklumkan yang Aisy kena hernia. Nak tak nak memang kena buat appoinment lagi untuk buat operation.
![]() |
Tak reti duduk diam, asyik nak main jer |
Selepas doktor maklumkan mengenai hernia, saya terus bawa Aisy ke Klinik Pakar Pembedahan HSA, JB. Tapi disebabkan tak bawa surat doktor yang memaklumkan Aisy ada hernia, maka terpaksalah bawa Aisy ke Klinik Mahmoodiah, JB untuk dapatkan surat yang memaklumkan dia ada hernia.
![]() |
Tukar uniform |
Selepas tu, terus ke Klinik Pembedahan Kanak-Kanak, HSA JB semula. Tahu jer lah parking kat kawasan hospital ni memang susah, terpaksa pusing sampai dua tiga kali untuk dapatkan parking kereta tapi tak berjaya juga. Akhirnya parking jer kereta di luar kawasan hospital. Sampai ke klinik, staff yang jaga kaunter tu bagi tarikh temujanji yang baru sebab hari yang saya datang tu adalah check-up untuk orang dewasa.
Selepas hadir ke klinik pembedahan seperti yang dijanjikan, doktor bookingkan tarikh untuk buat pembedahan. Aisy dapat tarikh 9 MAC 2015. Makanya 8 Mac 2015 kena masuk ke wad dan operation akan dilakukan keesokannya.
![]() |
Dah baring atas katil dewan bedah |
Pada 15 Februari 2015 temujanji di Klinik Bius, HSA, JB. Dua minggu sebelum pembedahan dilakukan, doktor akan pastikan Aisy sihat, tidak demam dan selesema. Selepas ke Klinik Bius terus rujuk ke Klinik Pembedahan semula. Nurse yang jaga pendaftaran maklumkan ada kekosongan pada 23 Februari 2015. Maknanya 22 Februari 2015 dah kena masuk wad dan operation akan dilakukan keesokannya. Tarikh ini pulak adalah tarikh cuti sempena Sambutan Tahun Baru Cina. Aiman cuti sekolah bermula dari 18 Februari hingga 23 Februari. Saya dan En. Hubby dah mohon cuti rehat untuk balik ke kampung. Lagipun dah hampir dua bulan tak balik kampung. Jadi kami cadang nak balik kampung lama sikit. Biasalah bila balik kampung mestilah seronok jumpa mak abah dan keluarga di kampung.
![]() |
Selepas operation berjaya |
Mula-mula saya pun macam tak setuju untuk buat operation pada 23 Februari tu sebab nak balik kampung punya pasal, tapi bila difikir-fikirkan lebih baik buat operation awal. Lagipun Abg Aiman cuti sekolah dan saya pun dah mohon cuti rehat. Jadi tak perlulah terkejar-kejar untuk uruskan Abg Aiman. Kalau buat operation bulan Mac, dah tentu sukar untuk uruskan Abg Aiman ke sekolah. Biasalah ayah diaorang ni bukan senang nak bangun pagi awal. Kan tak pasal-pasal Abg Aiman tak ke sekolah kalau ibu dia takde sebab dulu masa Aisy masuk hospital sebab demam pun Abg Aiman tak ke sekolah..hmmmm
![]() |
Pindah ke Wad |
Disebabkan Aisy nak buat operation, maka balik kampung 3 hari saja. Sabtu 21 Februari 2015 dah balik ke JB sebab keesokannya Aisy kena daftar masuk wad. Masuk wad kali ni Aisy tak banyak meragam macam sebelum ni. Dia baik jer, main-main dengan kawan sebelah katil. Memang sederet katil Aisy ni semua nak buat operation untuk buang hernia. 22 Feb.2015 jam 12.00 tgh, nurse dah masukkan jarum di tangan Aisy untuk masukkan ubat dan air. Pukul 2.00 pagi Aisy dah kena puasa dan kena masukkan air melalui tangan. Apalagi meragamlah dia malam tu sebab tak dapat susu. Dah terbiasa kalau tengah malam terjaga jer mesti dia nak minum susu. Terpaksalah pujuk juga dia dan sorokkan botol susu dia. Sejam juga dia meragam sampai dah tak tahu nak cakap per lagi. Dah penat menangis akhirnya Aisy tidur juga. Hampir setiap jam saya terjaga. Bila tengok jam dah pukul 5.00 pagi, saya terus mandi dan solat subuh. Masa ni Aisy tidur lagi. Pukul 7.00 pagi nurse suruh Aisy tukar baju dan turun ke dewan bedah sebab Aisy dapat operate yang pertama.
![]() |
Malam pergi potong rambut |
Tak lama lepas tu, Aisy pun masuk ke dewan bedah. Saya tunggu jer di kerusi tempat menunggu. Sejam selepas tu, petugas di situ suruh saya masuk tengok Aisy. Masa ni Aisy tak sedar lagi tapi doktor marah nurse sebab beri saya masuk sebelum diarahkan. Masa ni doktor sedang sedut kahak Aisy. Sebab tu dia tak benarkan saya tengok. Tak lama lepas tu doktor panggil saya untuk jumpa Aisy. Aisy ok cuma masih belum sedar lagi. Nurse kata kalau selepas setengah jam dia masih belum sedar, kena kejutkan dia. Dah hampir 45 minit menunggu di situ, Aisy dibenarkan masuk ke wad. Sampai wad dia terjaga sekejap lepas tu tertidur semula. Mungkin kesan ubat bius menyebabkan dia mengantuk.
![]() |
Ruang Menunggu |
Bila dia sedar, saya beri susu dan suapkan dia nasi. Tapi Aisy termuntah. Lepas tu dia makan semula. Sikit jer dia makan dan minum, terus sambung tidur balik. Pukul 2.00 petang doktor buat pemeriksaan dan doktor maklumkan Aisy boleh keluar wad, Tak sabar rasanya ibu nak balik rumah sampai terus tanya nurse mana bill yang nak kena bayar. Nurse kata kena tunggu pukul 3.00 petang baru bill dikeluarkan tapi akhirnya sampai pukul 4.30 petang baru dapat bill. Sebab saya gunakan GL maka tak perlulah bayar bil hospital. Cuma perlu ambik ubat di farmasi dan terus balik rumah. Sampai rumah bukan main lasak lagi dia, boleh pulak bersilat dengan Abg Aiman. Risau ibu ni takut tempat operate tu terlanggar. Semoga Aisy terus sihat dan sihat. Ibu sayang sangat Muhammad Aisy Amirshah, Permata Hati Ibu.