Rabu, 25 Februari 2015

Aisy kena Operate Lagi

Tertidur selepas tangan kena cucuk jarum

Aisy kena hernia lagi, itulah yang saya  perasan bila tengok kemaluannya membesar. Padahal Ogos 2014 dah buat operate buang hernia bahagian kanan. Tapi kali ini yang besar sebelah kiri pulak. Mana ada ibu tak risau bila tengok anak kena macam ni kan....dah tentu sayalah orang yang paling risau. 

Lenanya tidur
 Jadinya bulan Disember 2014 saya bawak Aisy pergi ke Klinik Swasta. Tapi masa tu bawa ke klinik sebab dia demam, batuk dan selesema. Terlanjur ke klinik tu saya tanya terus pada doktor kenapa dengan kemaluan Aisy. Padahal dah buat operate. Doktor maklumkan yang Aisy kena hernia. Nak tak nak memang kena buat appoinment lagi untuk buat operation. 

Tak reti duduk diam, asyik nak main jer
Selepas doktor maklumkan mengenai hernia, saya terus bawa Aisy ke Klinik Pakar Pembedahan HSA, JB. Tapi disebabkan tak bawa surat doktor yang memaklumkan Aisy ada hernia, maka terpaksalah bawa Aisy ke Klinik Mahmoodiah, JB untuk dapatkan surat yang memaklumkan dia ada hernia. 

Tukar uniform

Selepas tu, terus ke Klinik Pembedahan Kanak-Kanak, HSA JB semula. Tahu jer lah parking kat kawasan hospital ni memang susah, terpaksa pusing sampai dua tiga kali untuk dapatkan parking kereta tapi tak berjaya juga. Akhirnya parking jer kereta di luar kawasan hospital. Sampai ke klinik, staff yang jaga kaunter tu bagi tarikh temujanji yang baru sebab hari yang saya datang tu adalah check-up untuk orang dewasa. 

Selepas hadir ke klinik pembedahan seperti yang dijanjikan, doktor bookingkan tarikh untuk buat pembedahan. Aisy dapat tarikh 9 MAC 2015. Makanya 8 Mac 2015 kena masuk ke wad dan operation akan dilakukan keesokannya. 


Dah baring atas katil dewan bedah 
Pada 15 Februari 2015  temujanji di Klinik Bius, HSA, JB. Dua minggu sebelum pembedahan dilakukan, doktor akan pastikan Aisy sihat, tidak demam dan selesema. Selepas ke Klinik Bius terus rujuk ke Klinik Pembedahan semula. Nurse yang jaga pendaftaran maklumkan ada kekosongan pada 23 Februari 2015. Maknanya 22 Februari 2015 dah kena masuk wad dan operation akan dilakukan keesokannya. Tarikh ini pulak adalah tarikh cuti sempena Sambutan Tahun Baru Cina. Aiman cuti sekolah bermula dari 18 Februari hingga 23 Februari. Saya dan En. Hubby dah mohon cuti rehat untuk balik ke kampung. Lagipun dah hampir dua bulan tak balik kampung. Jadi kami cadang nak balik kampung lama sikit. Biasalah bila balik kampung mestilah seronok jumpa mak abah dan keluarga di kampung.

Selepas operation berjaya 

 Mula-mula saya pun macam tak setuju untuk buat operation pada 23 Februari tu sebab nak balik kampung punya pasal, tapi bila difikir-fikirkan lebih baik buat operation awal. Lagipun Abg Aiman cuti sekolah dan saya pun dah mohon cuti rehat. Jadi tak perlulah terkejar-kejar untuk uruskan Abg Aiman. Kalau buat operation bulan Mac, dah tentu sukar untuk uruskan Abg Aiman ke sekolah. Biasalah ayah diaorang ni bukan senang nak bangun pagi awal. Kan tak pasal-pasal Abg Aiman tak ke sekolah kalau ibu dia takde sebab dulu masa Aisy masuk hospital sebab demam pun Abg Aiman tak ke sekolah..hmmmm

Pindah ke Wad
 Disebabkan Aisy nak buat operation, maka balik kampung 3 hari saja. Sabtu  21 Februari 2015 dah balik ke JB  sebab keesokannya Aisy kena daftar masuk wad. Masuk wad kali ni Aisy tak banyak meragam macam sebelum ni. Dia baik jer, main-main dengan kawan sebelah katil. Memang sederet katil Aisy ni semua nak buat  operation untuk buang hernia. 22 Feb.2015 jam 12.00 tgh, nurse dah masukkan jarum di tangan Aisy untuk masukkan ubat dan  air. Pukul 2.00 pagi Aisy dah kena puasa dan kena masukkan air melalui tangan. Apalagi meragamlah dia malam tu sebab tak dapat susu. Dah terbiasa kalau tengah malam terjaga jer mesti dia nak minum susu. Terpaksalah pujuk juga dia dan sorokkan botol susu dia. Sejam juga dia meragam sampai dah tak tahu nak cakap per lagi. Dah penat menangis akhirnya Aisy tidur juga. Hampir setiap jam saya terjaga. Bila tengok jam dah pukul 5.00 pagi,  saya terus mandi dan solat subuh. Masa ni Aisy tidur lagi. Pukul 7.00 pagi nurse suruh Aisy tukar baju dan turun ke dewan bedah sebab Aisy dapat operate yang pertama. 
Malam pergi potong rambut 

Tak lama lepas tu, Aisy pun masuk ke dewan bedah. Saya tunggu jer di kerusi tempat menunggu. Sejam selepas tu, petugas di situ suruh saya masuk tengok Aisy. Masa ni Aisy tak sedar lagi tapi doktor marah nurse sebab beri saya masuk sebelum diarahkan. Masa ni doktor sedang sedut kahak Aisy. Sebab tu dia tak benarkan saya tengok. Tak lama lepas tu doktor panggil saya untuk jumpa Aisy. Aisy ok cuma masih belum sedar lagi. Nurse kata kalau selepas setengah jam dia masih belum sedar, kena kejutkan dia. Dah hampir 45 minit menunggu di situ, Aisy dibenarkan masuk ke wad. Sampai wad dia terjaga sekejap lepas tu tertidur semula. Mungkin kesan ubat bius menyebabkan dia mengantuk.

Ruang Menunggu 

 Bila dia sedar, saya beri susu dan suapkan dia nasi. Tapi Aisy termuntah. Lepas tu dia makan semula. Sikit jer dia makan dan minum, terus sambung  tidur balik. Pukul 2.00 petang doktor buat pemeriksaan dan doktor maklumkan Aisy boleh keluar wad, Tak sabar rasanya ibu nak balik rumah sampai terus tanya nurse mana bill yang nak kena bayar. Nurse kata kena tunggu pukul 3.00 petang baru bill dikeluarkan tapi akhirnya sampai pukul 4.30 petang baru dapat bill. Sebab saya gunakan GL maka tak perlulah bayar bil hospital. Cuma perlu ambik ubat di farmasi dan terus balik rumah. Sampai rumah bukan main lasak lagi dia, boleh pulak bersilat dengan Abg Aiman. Risau ibu ni takut tempat operate tu terlanggar. Semoga Aisy terus sihat dan sihat. Ibu sayang sangat Muhammad Aisy Amirshah, Permata Hati Ibu. 

2 ulasan:

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu