Isnin, 9 Mac 2015

Musim Demam

Letak gambar 1/2 jer ..sbb saya tak suka berselfie
 Sekarang ni tengah musim demam agaknya. Mula-mula Aisy demam, hari Khamis lepas badan dia dah panas, bibir kering dan pecah. Lepas tu bila balik kerja ambik Abg Aiman kat Taska, dia pun dah rasa tak sedap badan. Nak naik tangga balik ke rumah pun tak larat. Padahal dia bawa beg sekolah agama jer dgn rak kasut plastik yang aku baru beli kat Giant. Tu pun dah tak larat. Aku ni haa..tangan berbondong-bondong, dengan dukung beg sekolah dia, handbeg sendiri, beg belanja dua beg yang boleh tahan beratnya, semua tu pikul kat bahu sebelah kiri. Tangan kanan pulak bimbit ikan siakap & ikan talapia, sayur kobis seketol, labu manis sebiji, carrot, ubat gigi dan macam-macam barang lagi la yang aku belanja tadi.  Duduk rumah kayangan macam ni lah setiap kali berbelanja, tangan kena kuat untuk membawa semua barang naik ke atas singahsana.
Wah....bukan main kembang lg lubang hidungku...hahaha

Disebabkan Abg Aiman dah mula rasa tak sedap badan, nak naik tangga pun tak larat. Setiap satu tangga dia akan berhenti dan duduk. Aku pun tak tahu sebenarnya yang dia nak demam, sebab tu cakap dengan dia "Abg tengok, tangan ibu dah penuh dengan barang, Abg tak kesian ke ibu"..Aku dah sampai ke atas, dia masih di tangga lagi. Malamnya dia dah mula rasa tak selesa, masa solat maghrib, dia solat bukan main laju lagi, ntah  baca ntah tidak, lepas tu dia terus tertidur, tapi dia tak pulak cakap yang dia tak sihat. Bila pegang dahi Abg Aiman, bukan main panas lagi badannya. Seluruh badan panas. Aku letakkan tuala basah atas dahinya.

Aisy pun badan dia masih panas lagi, tapi Aisy ni susah sikit nak dengar kata, letak tuala basah pun tak mahu. Ubat demam masih ada dalam peti ais, jadi bagi lah diaorang ni makan ubat yang ada tu. Pagi Jumaat, lepas bangun pagi, tengok budak-budak ni ok, nak la juga tengok karton macam selalu tu tapi sekejap jer. Buat sarapan cekodok labu & pisang  goreng pun tak laku. Abg Aiman lagi lah, tak nak makan langsung. Cuma minum susu secawan lepas tu baring lagi. Badan dia masih panas. Disebabkan panas sangat, kali ni aku letak ais ketul dalam tuala dan letak atas dahi Aiman dan Aisy. Nak kurangkan suhu badan diaorang. Tapi bagusnya diaorang ni masih nak mandi macam selalu. 

Cekodok labu manis

Pisang goreng untuk sarapan

Ayah diaorang suruh letak air asam jawa pekat supaya hilang panas badan. Tapi mana ada orang suka letak benda yang masam-masam kat badan. Badan sendiri bau masam pun kita tak suka, ni kan pulak sengaja letak air asam yang masam kat badan, lagilah tak nak.  Yang peliknya, diaorang demam ni berbalik-balik. Siang panas badan dah hilang tapi bila malam suhu badan naik mendadak. Ibu ni terpaksa tidur-tidur ayam jer untuk jaga anak-anak yang demam. Tidur malam, Abg Aiman sampai mengerang sebab terlalu panas. 

Hari Sabtu, demam panas masih tak kurang, maka kena bawa Abg Aiman dan Aisy ke Klinik juga. Dan seperti biasa, aku bawa diaorang ke Klinik Faizal sebab dekat dengan rumah dan dah jadi klinik panel aku sekeluarga..hahaha..Doktor check sekejap dan doktor kata demam biasa. Aku risau sebab sekarang ni  tengah musim demam denggi, takut anak-anak kena denggi la pulak. Lepas tu aku mintak MC untuk Abg Aiman sebab Ahad mesti dia tak dapat ke sekolah kalau badan masih panas. MC siap ambik dua lagi untuk Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama. Siap pesan awal-awal dengan Abg Aiman, Isnin  ke sekolah jangan lupa hantar MC pada guru kelas dia. Abg Aiman "Ibu, selalu murid kalau tak datang ke sekolah, ibubapa diaorang yang hantar surat pada cikgu, jadi ibu lah hantar surat pada cikgu"..."Abg, kan abg dah ke sekolah tu nanti, bagi jer la surat MC pada cikgu" "Kalau tak, Abg Aiman cakap jer lah, yang abg demam"..."La..pulak, daripada cakap lebih baik bagi MC kat cikgu, kalau tak buat apa ibu mintak MC pada doktor tadi"..hmmm.

Iklan jawatan kosong Klinik Faizal

Pagi Ahad, badan Abg Aiman masih panas lagi, dia kata kepala masih pening. Jadi memang tak ke sekolah lah jawabnya. Sebab kan aku kena pergi kerja, jadinya Abg Aiman & Aisy duduk di rumah Mak Ony. Yang peliknya, mereka berdua demam on-off...kejap panas, kejap sejuk. Sebab tu risau, kalau demam masih berlarutan, mahu jer aku hantar mereka ke hospital supaya doktor boleh pantau. Petang bila ambik diaorang dari rumah Mak Ony, Abg Aiman & Aisy dah nak main-main kat luar rumah, dah berlari sana sini. Maknanya dah kurang lah tu demamnya. 

Pagi Isnin, kejutkan Abg Aiman suruh dia pergi sekolah. Tapi dia tak nak ke sekolah. Aku siap cakap kat dia "Abg, sekolah tinggal minggu ni jer bang, minggu depan dah cuti sekolah seminggu. Kalau tak sekolah hari ni, berapa hari jer abg sekolah nanti. Lagipun kan cikgu dah bagi surat yang minggu ni ada ujian LINUS 1&2. Kalau Abg tak datang ke sekolah, nanti abg tak dapat ujian kan".."Ibu, Abg janji esok abg ke sekolah, hari ni abg pening kepala lagi" Tapi lepas aku pujuk nak juga dia ke sekolah. Aku siap pesan awal-awal dengan dia, jangan lasak sangat kat sekolah, duduk jer dalam kelas sebab badan masih tak sihat.

Petang masa ambik dia kat Taska, dia cakap dia dah sihat cuma masa balik tadi kepala ada pening-pening lagi. Badan dah tak panas. Balik dia cakap nak makan ayam masak merah, aku pun masakkan lauk kegemaran dia ni. Aku tengok berselera juga dia makan, habis satu pinggan nasi dengan lauk ayam masak merah tu. Dah beberapa hari ni dia tak makan langsung, cuma minum susu dengan roti sekeping. Seronoknya bila tengok anak-anak dah selera makan dan semakin sihat. Alhamdulillah. Sekarang ni, aku pulak yang rasa tak sedap badan. Kepala dan pening, badan dah rasa seram sejuk jer, tekak rasa perit dan mulut rasa pahit. Mungkin dah kena virus demam juga agaknya. 


2 ulasan:

hainom OKje berkata...

Yelah DP....diri sendiri jer yg tahu badan sendiri tak sihat ke tidak. Mmg risau kita kalau anak demamkan. Rasa kita pulak yg demam. Kalau dah lalu.makan tu kira dah eloklah tu

DESA PERMAI berkata...

Mana ada ibu yang tak risau kalau anaknya sakit..demam pun kena jaga elok-elok sebab daripada demam lah boleh jadi penyakit lain. Alhamdulillah OKje, skrg anak-anak dah sihat..lega rasanya

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu