![]() |
Sempat snap gambar di kelas jer masa mesyuarat perlantikan AJK kelas, yang lain tak sempat nak snap. |
Program Permuafakatan Literasi dan Numerasi SKKU, JB telah diadakan pada Sabtu, 25 April 2015 jam 7.45 pagi - 10.00 pagi. Hari ni semua ibu bapa kena pergi ke sekolah sebab nak lihat keputusan Ujian Sariangan Literasi dan Numerasi anak masing-masing. Mula-mula bacaan doa oleh Ustaz, lepas tu ucapan oleh Naib YDP PIBG SKKU,BBU, JB. Lepas tu giliran Guru Besar beri ucapan. Panjang lebar ucapan Guru Besar sebab dia baru bertukar ke situ menggantikan guru besar lama yang telah bersara iaitu Puan Hajah Norsihah binti Haji Darwish. Guru Besar baru ini ialah En. Sariat bin Mokmin..nama ala-ala jawa jer ni, macam sekapal jer la dengan saya ni. Asal dari Segamat tapi dah lama duduk di JB sebab mengajar di sini. Banyak juga pengalaman dia mengajar dan dah macam-macam sekolah dia masuk. Dari sekolah bandar sampai lah sekolah di ulu bandar..kira kawasan pedalaman. Nama pun guru, kena lah ikut arahan kan.
Guru Besar baru ini kata sebelum ni dia pernah mengajar di kawasan pedalaman yang susah nak sampai ke sekolah tu. Kena naik sampan untuk sampai ke sekolah Tapi sebab semua rajin berusaha maka sekolah tersebut menjadi sekolah yang berjaya dan cemerlang akhirnya. Kini, sekolah tu dapat peruntukan daripada Kementerian Pelajaran untuk mengecat dan memperindahkan lagi sekolah tersebut. Wah...panjang lebarnya saya tulis apa yang guru besar tu cakap. Padahal nak citer pasal Literasi dan Numerasi tapi boleh tulis pasal cerita guru besar pulak.
Saya macam biasa, suka datang sekolah awal-awal..tak suka datang lambat sebab susah nak cari parking nanti. Sebab datang awal, senang la nak parking kereta tu. Anak-anak duduk di rumeh jer dengan ayah dia. Lagipun masa tinggalkan tadi semua masih tidur tak sedar diri. Bukan main sedap diaorang tidur....mentang-mentang hujung minggu tidur sampai pengsan nampaknya. Bila sampai ke sekolah terus daftar dan masuk dewan. Masa daftar tu sekali dengan Ungu Razi - kawan sekelas Aiman yang duduk di Blok B. Dia datang dengan mak dia. Walaupun mak dia ni orang Indonesia tapi tak nampak pun keindonannya. Cantik manis jer orangnya, putih gebu kulitnya. Cakap pun macam orang sini jer. Yer lah dah kahwin dengan orang sini, kerja pun kat sini dan duduk pun di sini, mana lah tak hilang semua keIndonannya.
Sambung lagi citer pasal Literasi dan Numerasi...dah terlajak citer pasal lain la pulak. Seorang cikgu tu bentangkanlah keputusan Ujian Sariangan Literasi dan Numerasi. Mula-mula tengok darjah 1 punya, graf ikut kelas. Ada juga yang tak lulus dan tidak mencapai tahap..risau la juga saya ni, apa lah keputusan ujian untuk Aiman ni. Lepas tu cikgu bentangkan keputusan ujian untuk darjah 2 dan 3 pulak. Selepas bentangkan keputusan ujian, ibu bapa kena berikrar untuk sama-sama majukan pelajaran anak-anak.
Lepas tu naik ke kelas pulak untuk Bayar duit sumbangan PIBG dan lihat keputusan ujian anak. Nasib baik keputusan Aiman tak mengecewakan, cuma ada dua jer yang cikgu tanda pangkah X, maknanya masih gagal lagi, yang lain semua ok. Sebelum bayar duit PIBG dan lihat keputusan ujian, ada mesyuarat pulak di kelas untuk melantik Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJK setiap kelas yang terdiri daripada ibu-bapa. Jadi selepas tu semua AJK boleh bermesyuarat untuk majukan pelajaran anak-anak dan mencantikkan kelas anak-anak. Dalam mesyuarat tu telah diputuskan sumbangan untuk keceriaan kelas ialah RM20 setahun. Sebelum tu, setiap anak murid kena bawa kertas A4 setiap orang 1RIM ....baru sekolah darjah 1 pun dah macam-macam bayaran dan benda yang cikgu suruh bawa. Ni sekolah penuh kerajaan, kalau swasta berapa banyak la nak kena bayar. Anak yang sekolah baru seorang tapi dah macam-macam nak kena bayar. macam ner lah agaknya kalau anak yang sekolah tu 10-14 orang macam mak saya dulu. Sebab tu sekarang ni ramai orang tak tambah anak sebab banyak sangat nak kena bayar dan jelaskan.