Selasa, 21 April 2015

Hari Ini Dalam Sejarah

Semalam bangun pagi pukul 4.50 pagi, biasalah nak buat persiapan utk Aiman pergi ke sekolah, siapkan bekal untuk pergi tempat kerja dan bekal untuk Aisy pergi taska. Bangun pagi tu dah mula dengar bungi lori dan bas lalu di hadapan rumah ni, berderu-deru bunyinya. Motosikal pun banyak lalu di jalan hadapan rumah. Tengok kat jalan highway tu rasa macam tak gerak kereta dan lori. Tapi sebab awal pagi lagi dan gelap lagi, maka tak jelas la jalan tu cuma dapat lihat kenderaan diam di situ, tak gerak langsung. Bila hari dah semakin siang, semakin banyak pulak kenderaan lalu di jalan hadapan rumah ni dan aku ni pun tak tahu langsung apa sebab dan puncanya.


Pukul 9.00 pagi masih tak dapat keluar dari BBU 

Pukul 6.40 pagi hantar Aisy ke rumah Mak Ony macam biasa. Sembang sekejap dengan Mak Ony, tanya juga dia napa jalan macam sesak je hari ni. Mak Ony kata mungkin ada kemalangan sebab tengok semua motosikal lalu di jalan depan rumah ni. Aku pun macam biasa, turun rumah hantar Aiman ke sekolah, jalan dah mula slow tapi masih boleh gerak lagi. Lepas hantar Aiman ke Taska dan Sekolah, tengok kenderaan keluar ke Jalan Skudai macam laju jer, walaupun dah tahu sejak awal pagi tadi semua jalan ke Skudai dah mula masuk ke BBU.  Rupa-rupanya polis dah tutup jalan untuk keluar ke Skudai sebab ada kemalangan, treler terbalik dan langgar papan tanda jalan. Papan tanda jalan pun tumbang habis memenuhi jalan raya. 

Naik motor jer boleh lepas


Disebabkan jalan tutup, terpaksalah pusing di belakang petronas, BBU...kat sini semua  kenderaan yang nak keluar ke jalan Skudai dah mula masuk ke jalan belakang ni. Apalagi jalan terus slow dan stop bila terlalu banyak kenderaan masuk di sini. Mana tak penuh jalan, bila semua kenderaan yang keluar nak pergi kerja ke bandaraya tak dapat keluar macam biasa, memang jem yang teramat sangat la jawabnya. Keluar rumah jam 6.50 pagi tapi sampai jam 8.40 pagi masih ada di BBU lagi, memang tak gerak langsung. Mesti ramai yang stress semalam sebab tak sempat punch card awal disebabkan kesesakan yang melanda. Sampai jam 9.50 pagi masih juga tak gerak. Tetiba nampak kereta Mak Nok kat tepi jalan, telepon dia...dia cakap dia pun tak leh pergi kerja sebab dah lambat sangat. Dia ajak datang ke rumah. Sebab dah terlalu lama kereta tak gerak tapi enjin dan aircond hidup, rasa membazir pulak sebab bakar minyak tapi kereta tak jalan. Nasib baik tak berasap. Lama tu dari jam 6.50 pagi di BBU sampai jam 9.50 pagi masih di situ...3 jam juga bakar petrol. 

Ni la punca kesesakan lalu lintas

Akhirnya aku masuk ke flat Barli, cari parking dan terus ke rumah makcik. Dia yang tak dapat pergi kerja terus beli sarapan laksa Johor, aku bawa bekal nasi goreng, kitaorang terus sarapan sama-sama. Tengok jam dah pukul 10.30 pagi,  jalan dah lengang sikit, aku pun cuba keluar semula untuk pergi kerja, rupa-rupanya sampai trafic light depan rumah ni, jalan masih sesak sebab semua kenderaan dari jalan skudai masuk ke BBU, JB. Redah la juga jem tu sampai ke pejabat.... Akhirnya sampai ke pejabat pukul 11.00 tengah hari. Memang hari ini dalam sejarah la bila pergi ke pejabat yang hanya 15 minit tu jadi berjam-jam lamanya. Tapi disebabkan ni bukan salah aku dan semua orang tahu yang jalan sesak sebab ada kemalangan, maka kira halal la...nak buat macam ner...dah kemalangan. Malang kan tak berbau. Nak cuti macam sayang jer cuti tu, dah lah bersiap awal pagi, lepas tu tak kerja...ruginya la haiii...

Tiada ulasan:

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu