Sejak awal hari raya Aidilfitri 2020 / Syawal 1441H... banyak buah durian mula gugur. Masa awal hari raya haritu, yg gugur cuma buah yang buruk jer.
Tetapi seminggu lepas raya Aidilfitri, semakin banyak buah durian yang gugur. Anak-anak kat bandar pun mula lah balik ke kampung sebab nak makan durian yang sememangnya enak, sedap dan lazat. Tambahan pulak, aku ni memang hantu durian...tak kesah ler jenis apa semua aku boleh makan...
Setiap hari bapak mertua akan tidur di kebun durian, menunggu durian gugur. Maklumlah kebun kat tepi jalan jer, kalau gugur memang hilang lah buah durian tu kalau takde sapa yang menunggu. Bapak mertua siap bawak senapang...almaklumlah pesara polis dan hobinya memang memburu.
Setiap hari jam 9.00 pagi barulah dia balik bawak sebakul durian... jenis D13, D101. Yang belakang rumah hanya durian kampung sahaja yang ada. Tapi semua memang sedap sangat.
Dulu2 selalu durian yang banyak ni akan dihantar kepada peraih Cina. Ikut ler harga yang diletakkan. Kalau nak untung, kena jual sendiri tepi jalan.
Tapi mulai tahun ini, durian yang ada tak perlu dihantar kepada peraih, sebab ramai orang dah merasa durian Bukit Mor, Muar ni... memang sedap tak terkata. Sebab tu ramai yang datang ke rumah nak beli durian. Tak perlu cari pelanggan, malahan pelanggan sendiri datang ke rumah untuk membeli durian.
Ni antara durian yang ada di kebun...bersih jer kebunnya, kalau tidur kat sini pun memang tak takut...seronok duduk di kebun sambil tunggu durian gugur.
Setiap hari berbakul2 durian di bawak balik ke rumah, yang peliknya.....tuan rumah pun tak dapat merasa makan durian sendiri yang paling terbaik dan tercantik tu sebab semua dah habis orang beli. Sampai tak cukup2 durian orang beli, terpaksa lah pulak beli durian daripada orang lain dan jual semula kepada pelanggan yang sememangnya gemar makan durian.
Durian 101 antara durian yang terbaik...colour dia macam emas, isi tebal...sedap rasanya. Walaupun harganya agak mahal tapi durian ini menjadi pilihan ramai peminat buah berduri ini. Aku selalu tanya, kenapa namanya D101... jawapan suami ialah.. nama tu FAMA yang beri...tak tahu ler apa sejarahnya.
Mak metua sibuk ler sekarang ni uruskan jual beli durian. Siap timbang ikut kehendak pelanggan. Ada yang datang dari jauh tapi yang ramai pelanggan dari kenalan sendiri. Semua sanggup berhabis duit untuk beli Raya Buah ni.
Sejak PKP 2020 pada 18 Mac 2020 yang lalu, anak-anak semua duduk di kampung halaman. Memang setiap hari ler mereka mengadap muka durian yang berlonggok2 ni. Tapi anak2 tak berapa gemar makan durian, mungkin sebab dah ada depan mata setiap hari, jadi memang mereka tak sentuh pun durian ni.
Yang hantu durian aku ler... Tapi aku makan pun berpada2. Aku rasa seulas dua yang mak mertua kopek untuk buat tempoyak. Tu jer........... Adik2 lain semua sibuk business durian sekarang ni. Ada yang jual biji, jual durian kopek dan ada yg jual tempoyak. Cuma yang aku tak berapa senang ni, dah ambik isi durian tu.....TOLONG LER BUANG KAN KULIT DURIAN. Bukan ambik isi durian, kulit tinggal kan begitu sajer. Tak kesian ke dgn mak yang dah tua & warga emas ni, nak kutip & buang sampah durian yang berbakul2 tu. Hidup kita ni, Kalau Nak Senang, Jangan Suka Susahkan Orang Lain Terutamanya MAK BAPAK kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan