![]() |
Tangan kiri pasang jarum , tangan kanan kena balut..kalau tak habis jarum dibuangnya. |
Dulu saya pernah tulis mengenai hernia atau orang biasa cakap penyakit angin pasang. Ni lah yang berlaku pada anak saya Muhammad Aisy Amirshah bin Muhammad Shah...yang dikesan ada hernia apabila alat kemaluannya membesar. Mula-mula saya buat tak tahu jer sebab dia tak mengadu sakit tapi bila difikir-fikirkan semula rasa risau la pulak jika ia akan memberi kesan lain pada kemaluan Aisy.
Selepas beberapa kali buat check up di Klinik Pakar Pembedahan Kanak-Kanak, HSA dan Klinik Bius, HSA maka doktor telah menetapkan tarikh 13 Ogos 2014 yang lepas untuk operate Aisy. Makanya 12 Ogos 2014 Aisy kena masuk wad...bersama ibu la. Pukul 9.00 pagi Aisy dan ibu dah daftar di HSA dan terus masuk Wad Pembedahan Kanak- Kanak. Ramai pesakit ada kat wad, macam-macam jenis pembedahan yang dibuat. Ada yang buat salur untuk buang air besar, betulkan salur kencing, buang salur makan, operate kepala dan macam-macam lagi la. Semuanya dugaan yang diberikan oleh Allah SWT ...dugaan untuk Aisy ni hanya sedikit sahaja berbanding orang lain. Syukur sangat pada Allah SWT.
![]() |
Walaupun tangan kena balut tapi masih sibuk main dengan ultraman dia ni...Aisy panggil TOTOMEN |
Jam 4.00 pagi 13 Ogos 2014 Aisy dah kena puasa untuk buat operation pada jam 10.00 pagi. Masa pukul 12.00 malam ibu dan Aisy dah tertidur dengan lenanya sehingga lupa nak beri Aisy susu. Pukul 4.00 pagi nurse yang bertugas dah start masukkan air dalam tangan Aisy dan start waktu itu juga Aisy dah kena puasa. Tapi Aisy tak nak bila jarum di tangannya kena masukkan Air...apalagi mengamuk lah Aisy ni. Lepas tu menangis nak susu.. Susah juga nak pujuk dia. Disebabkan rasa kesian dgn Aisy, ibu nak jer bancuhkan air susu dalam botol untuk Aisy tapi kawan katil depan kata jangan bagi susu, nanti doktor akan cansel operate. Lepas tu doktor yang buat check pun cakap, "Kalau anak menangis nak susu, jangan beri susu, nanti kena cansel operate". Kena buat tarikh lain pulak. Nak dapat tarikh bukan senang, asyik full jer. Mujurlah kawan tu ingatkan, kalau tak mesti dah beri Aisy susu masa dia mengamuk hari tu.
![]() |
Tag nama kena pasang kat kaki sebab kalau pasang di tangan tak sampai beberapa minit Aisy dah buka. |
Pukul 9.30 pagi Aisy dah kena tukar baju untuk masuk ke bilik bedah. Sehingga pukul 11.45 pagi Aisy masih belum masuk bilik bedah sampailah dia bosan dan semakin haus. Apalagi mengamuk sekali lagi la Aisy kali ni. Disebabkan Aisy dah tak makan pujuk, saya cakap jer kat nurse yang jaga kaunter bilik bedah supaya cepatkan sikit operate Aisy ni. Nurse pun bagi la dia main hanset untuk tengok video shin chan, dah sampai 5 kali pusing video tu. Lepas tu ada yang bagi buku cerita, bagi bola....tapi Aisy tunggu dah lama sangat ...semua orang pujuk tak jalan. Jadi mintak nurse tu cepatkan sikit operate Aisy ni. Lepas tu barulah Aisy masuk ke bilik bedah. Sebelum doktor bagi ubat bius untuk lekakan dia, nurse pujuk Aisy untuk main buih sabun. Seronoklah sekejap dia dgn buih sabun tu sampai terlupa yang doktor sedang masukkan ubat bius dalam tangan dia. Lepas kena bius jer Aisy terus tertidur. Ibu nak tinggal kan Aisy terus kat dewan bedah tapi doktor cakap ibu tak nak cium anak dulu ke? Bila cium jer Aisy, menitis air mata ibu ni...sedih pulak tengok anak ibu yang kecik ni nak kena operate...ibu terus keluar dari bilik bedah dan tunggu di ruangan menunggu.
Pukul 1.45 petang barulah petugas panggil ibu yang pampes Aisy dah basah, dan kena bawak pampes lain. Ibu naik ke wad untuk ambik baju Aisy, pampes dan telefon. Rupa-rupanya berpuluh miss call ibu dapat sejak ibu hantar Aisy ke dewan bedah. Pukul 3.20 petang ibu dibenarkan masuk ke ruangan bilik bedah untuk lihat Aisy dan tunggu dia sedar. Bila Aisy sedar dia mengamuk dan bukak jarum yang ada di tangan. Doktor pujuk pun tak jalan, ibu pujuk pun dia tak mahu juga. Akhirnya doktor terpaksa beri Aisy ubat tidur semula sebab nak pasangkan balik jarum di tangannya. Pukul 3.30 petang barulah Aisy naik ke Wad untuk berehat. Petang pukul 6.00 Aisy dah boleh balik ke rumah. Alhamdulillah selepas 4 hari operation, luka Aisy semakin kering dan pulih. Cuma Aisy ni balik je dari hospital terus lasak dan ligat macam takde apa-apa yang berlaku. Ibu pulak yang risau tengok dia ni. Semoga anak ibu terus sihat dan membesar jadi kanak-kanak yang kuat.
3 ulasan:
cerita awak ni tak sedih misah, tapi saya lak yang menitik air mata hahaha
Sebenarnya operate buang hernia ni sikit je Idah..tengok anak orang lain lagi macam2 masalah...Tapi bila tengok anak dah tertidur dalma bilik bedah menitik2 air mata saya..
Catat Ulasan