Selasa, 19 Ogos 2014

Aisy Operate Buang Hernia

Tangan kiri pasang jarum , tangan kanan kena balut..kalau tak habis jarum dibuangnya. 

Dulu saya pernah tulis mengenai hernia atau orang biasa cakap penyakit angin pasang. Ni lah yang berlaku pada anak saya Muhammad Aisy Amirshah bin Muhammad Shah...yang dikesan ada hernia apabila alat kemaluannya membesar. Mula-mula saya buat tak tahu jer sebab dia  tak mengadu sakit tapi bila difikir-fikirkan semula rasa risau la pulak jika ia akan memberi kesan lain pada kemaluan Aisy.

 Selepas beberapa kali buat check up di Klinik Pakar Pembedahan Kanak-Kanak, HSA  dan Klinik Bius, HSA maka doktor telah menetapkan tarikh 13  Ogos 2014 yang lepas untuk operate Aisy. Makanya 12 Ogos 2014 Aisy kena masuk wad...bersama ibu la. Pukul 9.00 pagi Aisy dan ibu dah daftar di HSA dan terus masuk Wad Pembedahan Kanak- Kanak. Ramai pesakit ada kat wad, macam-macam jenis pembedahan yang dibuat. Ada yang buat salur untuk buang air besar, betulkan salur kencing, buang salur makan, operate kepala dan macam-macam lagi la. Semuanya dugaan yang diberikan oleh Allah SWT ...dugaan untuk Aisy ni hanya sedikit sahaja berbanding orang lain. Syukur sangat pada Allah SWT.

Walaupun tangan kena balut tapi masih sibuk main dengan ultraman dia ni...Aisy panggil TOTOMEN


Jam 4.00 pagi 13 Ogos 2014 Aisy dah kena puasa untuk buat operation pada jam 10.00 pagi. Masa pukul 12.00 malam ibu dan Aisy dah tertidur dengan lenanya sehingga lupa nak beri Aisy susu. Pukul 4.00 pagi nurse  yang bertugas dah start masukkan air dalam tangan Aisy dan start waktu itu juga Aisy dah kena puasa.  Tapi Aisy tak nak bila jarum di tangannya kena masukkan Air...apalagi mengamuk lah Aisy ni. Lepas tu menangis nak susu.. Susah juga nak pujuk dia. Disebabkan rasa kesian dgn Aisy, ibu nak jer bancuhkan air susu dalam botol untuk Aisy tapi kawan katil depan kata jangan bagi susu, nanti doktor akan cansel operate. Lepas tu doktor yang buat check pun cakap, "Kalau anak menangis nak susu, jangan beri susu, nanti kena cansel operate". Kena buat tarikh lain pulak. Nak dapat tarikh bukan senang, asyik full jer. Mujurlah kawan tu ingatkan, kalau tak mesti dah beri Aisy susu masa dia mengamuk  hari tu.


Tag nama kena pasang kat kaki sebab kalau pasang di tangan tak sampai beberapa minit Aisy dah buka. 

Pukul 9.30 pagi Aisy dah kena tukar baju untuk masuk ke bilik bedah. Sehingga pukul 11.45 pagi Aisy masih belum masuk bilik bedah sampailah dia bosan dan semakin haus. Apalagi mengamuk sekali lagi la Aisy kali ni. Disebabkan Aisy dah tak makan pujuk, saya cakap jer kat nurse yang jaga kaunter bilik bedah supaya cepatkan sikit operate Aisy ni. Nurse pun bagi la dia main hanset untuk tengok video shin chan, dah sampai 5 kali pusing video tu. Lepas tu ada yang bagi buku cerita, bagi bola....tapi Aisy tunggu dah lama sangat ...semua orang pujuk tak jalan. Jadi mintak nurse tu cepatkan sikit operate Aisy ni. Lepas tu barulah Aisy masuk ke bilik bedah. Sebelum doktor bagi ubat bius untuk lekakan dia, nurse pujuk Aisy untuk main buih sabun. Seronoklah sekejap dia dgn buih sabun tu sampai terlupa yang doktor sedang masukkan ubat bius dalam tangan dia. Lepas kena bius jer Aisy terus tertidur. Ibu nak tinggal kan Aisy terus kat dewan bedah  tapi doktor cakap ibu tak nak cium anak dulu ke? Bila cium jer Aisy, menitis air mata ibu ni...sedih pulak tengok anak ibu yang kecik ni nak kena operate...ibu terus keluar dari bilik bedah dan tunggu di ruangan menunggu. 

Pukul 1.45 petang barulah petugas panggil ibu  yang pampes Aisy dah basah, dan kena bawak pampes lain. Ibu naik ke wad untuk ambik baju Aisy, pampes dan telefon. Rupa-rupanya berpuluh miss call ibu dapat sejak ibu hantar Aisy ke dewan bedah. Pukul 3.20 petang ibu dibenarkan masuk ke ruangan bilik bedah untuk lihat Aisy dan tunggu dia sedar. Bila Aisy sedar dia mengamuk dan bukak jarum yang ada di tangan. Doktor pujuk pun tak jalan, ibu pujuk pun dia tak mahu juga. Akhirnya doktor terpaksa beri Aisy ubat tidur semula sebab nak pasangkan balik jarum di tangannya. Pukul 3.30 petang barulah Aisy naik ke Wad untuk berehat. Petang pukul 6.00 Aisy dah boleh balik ke rumah. Alhamdulillah selepas 4 hari operation, luka Aisy semakin kering dan pulih. Cuma Aisy ni balik je dari hospital terus lasak dan ligat macam takde apa-apa yang berlaku. Ibu pulak yang risau tengok dia ni. Semoga anak ibu terus sihat dan membesar  jadi kanak-kanak yang kuat.

Sabtu, 9 Ogos 2014

Masak dan Makan Hujung Minggu

Mee Tiau goreng untuk Sarapan Pagi



Macam biasa bila cuti hujung minggu jer kepala akan pening memikirkan juadah untuk makan anak beranak. Sarapan pagi maka saya buat la Mee Tiau Goreng ....Simple jer tapi Aiman makan sampai 4 kali.... 4 kali yer bukan sekali dua...macam tak percaya pulak bila tengok Aiman makan bertambah-tambah. Puasa cukup sebulan tapi bila dah bulan raya dia makan sampai bertambah-tambah....Kurus sekejap jer la jawabnya lepas ni confirm Aiman jadi budak yang montel semula....Aiman siap cakap "Ibu masak dah macam chef, sedap la" punyalah pandai Aiman nak mengayatkan ibu dia ni siap kata ibu masak macam chef....Yer la Aiman, makan la....kan ibu ni chef untuk Aiman, Aisy dan Ayah.


Ingatkan Mee Tiau Goreng tu tak laku, rupanya dah tengah hari pun En. Hubby balun balik Mee Tiau tu....Habis licin mee tiau ibu hari ni.....eeerrrrkkkkkk...Alhamdulillah...kenyang semuanya. Mula-mula goreng rasa banyak, sepekat ibu goreng semua...bila letak sayur dan perencah lain bertambah la banyak. Niat di hati nak hantar rumah Mak Ony sepinggan, rupanya orang kat rumah ni makan pun tak cukup... Kuatnya makan lahaiiiii...

Sambal Belacan Segera....ADABI yang punyerr


Disebabkan malas nak buat sambal belacan, makanya makan jer la sambal belacan segera ADABI yang punyer... baru pertama kali test ni sebenarnya jadi ambik sambal belacan yang moden...Kurang pedas dan manis.  Tapi bila makan takde rasa belacan pun....rasa macam sambal tumis la pulak. Lepas tu rasanya manis. Lain kali nak beli la pulak yang tradisi.....lebih cili dan perahan limau. Daripada takde sambal...boleh la juga sambal belacan ni...penambah selera bila makan nasi.



Tengah hari pulak En. Hubby request nak sayur taugeh masak lemak....terpaksa la menapak ke kedai runcit bawah rumah untuk beli kelapa parut...Tapi yang pasti kedai runcit kat bawah rumah ni kepala parutnya freshh...baru diparut jadi tak lah terbeli kelapa parut atau santan basi...sebab sebelum ni pernah beli kelapa dan santan parut dari pasar tani, tapi bila sampai rumah nak masak, santan dan kelapa dah bau semacam jer...dah basi...membazir jer kan. Jadi buat peringatan untuk diri sendiri atau orang laian, kalau nak beli kelapa parut, carilah kedai runcit yang jual kelapa yang baru diparut bila kita nak beli...tak lah nanti terbeli kelapa parut dah basi. 

Taugeh Masak Lemak Putih 

Asam Pedas Ikan Selar 


Lepas tu masak pulak asam pedas ikan selar papan...tak banyak mana pun masak setakat 4 ekor jer.... Selalu tengok Mak Uda masak asam pedas ikan selar ni...jadi kali ni aku cubalah masak. Sebenarnya aku jarang beli ikan selar papan ni sebab En. Hubby tak berapa nak berkenan dengan ikan ni. Selalu masak asam pedas ikan kaci, ikan pari, ikan kembung, ikan tenggiri atau ikan merah. Beli ikan pun kena tengok selera tekak orang dalam rumah ni, kalau beli dan dah siap masak  tapi takde sapa nak makan pun membazir jer nanti...tak masuk ke perut tapi masuk dalam tong sampah la jawabnya.

Ikan Terubuk Masin 


Lepas tu goreng ikan terubuk masin... ikan ni kawan pejabat yang beri masa dia bertugas di Sabah...ni kan oleh-oleh yang famous kat Sabah. Tapi yer lah, aku ni makan ikan masin jarang-jaring, jadi ikan masin ni dah tersimpan lama dalah peti ais, tak berusik pun, baru harini nak masak dan nak makan. Goreng sebelah jer la, lagi sebelah simpan semula dalam peti ais, ntah bila nak gorengnya nanti...makan tahun juga nak habiskan ikan masin terubuk ni.

Ikan Bawal Hitam Goreng 


Untuk anak-anak yang tak makan pedas jadinya gorengkan jer la ikan bawal hitam kecik ni ...Yang penting cukup sumber protein mereka untuk membesar...Aiman macam biasa la jual mahal jer bila bab ikan ni...sebenarnya dia belum cuba, jadi dia tak tahulah betapa sedap dan lemaknya rasa ikan bawal goreng ni. Bila dia dah makan tak cukup seekor ikan bawal ni, dia sebat sampai 2 ekor...macam biasa lah alasan Aiman " Sedaplah ibu ikan goreng ni, Aiman nak lagi" 

Cheese Cake

Dah lama tak buat cheese cake...Bila melawat blog-blog masakan, rasa teruja nak buat cheese cake lagi. Biarpun saya ni tak berapa pakar dalam membaking kek tapi yang penting leh la buat kek untuk makan sendiri. 

Nak cuba lah resepi cheese cake dari blog ini ... Resepi Cheese Cake Selalu cheese cake ini ada jual kat secret resepi....harga pun boleh tahan juga... Kalau buat sendiri mesti puas makan. Gemuk la balik badan ni lepas puasa Ramadan kalau makan cheese cake jer...tapi disebabkan dah suka nak buat macam ner...gemuk pun gemuk la...


Sebelum ni saya selalu beli cheese cake daripada kawan pejabat ni...besar sepiring kuih harganya RM30 .... Yer la masa tu tak tahu lagi nak membuatnya...sekarang bila tengok resepi rasanya buatnya simple jer....boleh lah cuba lepas ni.

Rabu, 6 Ogos 2014

Sambal Sotong dan Sayur Campur Goreng


Sambal Sotong


Ni jer lauk untuk makan malam....Sambal Sotong dan sayur campur goreng. 


Sambal Sotong


Simple tapi sedap...sedap ikut tekak sendiri. Disebabkan stok lauk dah habis dalam peti ais, makanya masak jer la apa yang ada. Balik kampung seminggu sempena cuti hari raya Aidilfitri maka semua lauk pun habis sebelum balik kampung lagi. Lagipun kalau simpan lauk banyak-banyak dalam peti ais lepas tu tak dimasak mesti rasa dah tak sedap. 


Sambal Sotong


Sayur Campur Goreng


Sayur goreng ni yang makan saya sorang....anak-anak dan En. Hubby memang tak gemar makan sayur...susah betul la nak ajak mereka makan sayur sama-sama. Padahal sayur bagus untuk kesihatan. Kalau makan takde sayur maka tak cukuplah zat dalam badan kita. Tapi dah mereka tak suka makan sayur, nak paksa makan pun tak boleh juga. 

Sayur Campur Goreng

Khamis, 17 Julai 2014

Resepi Kek Lapis Asam Manis



Sibuk cari resepi kek lapis hari ini untuk buat kek lapis sendiri dan bawa balik ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri.  Bahan-bahan nak buat kek dah mula cari termasuklah beli loyang baru yang betul-betul segi empat....kat rumah loyang dah banyak tapi loyang bulat dan segiempat yang tak berapa nak tepat. 

Antara resepi yang saya berkenan ialah di :
  1.  Resepi Kek Lapis Sarawak
  2. Resepi Kek Lapis Sarawak  

Yang lain pun banyak juga bagi resepi tapi banyak yang guna sukatan gram....ni yang susah sebab  pernah buat guna sukatan gram...kek tak berapa nak menjadi sebab salah timbangan dan sukatan. Harap-harap kali ni kek lapis menjadi la yer....untuk buah tangan mak di kampung sebenarnya. Nak tunjuk la yang anak mak ni pandai buat kek lapis...hahaha






Ahad, 13 Julai 2014

Udang Masak Lemak Cili Api


Pening juga kepala ni memikirkan apakah menu untuk berbuka setiap hari. Nak masak ikan, bulan puasa ni ikan tak berapa nak laku pulak. Bila masak ikan, semua tengok jer.....sentuh sikit jer, lepas tu simpan dalam peti ais. Esok hangatkan semula sebab sayang dan tak nak membazir tapi macam tu la juga. Semua pakat jeling-menjeling jer...tak nak makan bila masak ikan. 


Disebabkan ikan tak berapa nak jalan, maka cuba masak udang pulak. Tapi teringatkan Aiman yang memang tak suka makan udang, dia lebih suka makan ketam. Tapi bulan puasa ni tak kan nak masak ketam pulak...jenuh nak kopek kulit ketam nanti.


Makanya belilah udang dan masak lemak cili api dengan kacang panjang. Untuk Aiman, ibu gorengkan ayam. Bila makan, Aiman tak nak ayam, dia nak makan udang pulak. Dia kata..."Ibu, sedaplah udang masak lemak ni, Aiman nak lagi esok". "Hai, selalu abang kata tak suka makan udang, ni kenapa dah suka pulak?" "Sedap pulak udang masak lemak ni Ibu. Aiman tak nak ayam goreng la"...Baik lah Aiman.

Mana Apam Gula Merah Semalam???



Sekali-sekala makan kuih lama-lama best juga...Tetiba nak buka puasa teringat pula dengan Apam Gula Merah yang selalu mak buat masa kecik-kecik dulu.  Dulu mak akan buat Apam Gula Merah ni sekilo. Yer la, adik beradik ramai, semua kuat makan pulak tu, bila mak buat apam jer, semua mesti suka.





Bila dah keluar dari pengukus....tak sempat sejuk kitaorang dah potong awal-awal. Alasannya...nak merasa..hahaha...Zaman dulu periuk pengukus pun tak der. Mak akan kukus guna kuali besar, letak air dan tengah-tengah kuali tu letak kayu....loyang kuih tu mak akan tenggekkan atas kayu tu. Tu la kan, sekarang ni semua dah senang, dah sedia ada cuma nak tak nak jer membuatnya. 



Tiba-tiba semalam terkenang pulak dengan kuih Apam Gula Merah yang selalu mak buat ni. Apalagi terus bancuh tepung untuk buat apam. Bila dah naik terus isi dalam acu kuih dan kukus. Aiman kata ni kuih zaman dahulu....nenek selalu buatkan untuk ibu. 


Macam biasa sepinggan akan dihantar ke rumah Mak Ony....biar sedikit tapi sama merasa. Lagipun bulan puasa ni banyak pahala bila kita kongsi merasa makanan dengan jiran tetangga. En. Hubby pun suka makan kuih apam ni. Sampai buka semalam pun dia masih tanya....."Mana Apam Gula Merah Semalam?"....Rupa-rupanya En. Hubby pun peminat Apam yang lagend ni. 

Ahad, 6 Julai 2014

Bazar Ramadan

Bazar Ramadan ... memang menjadi tumpuan ramai terutamanya kepada umat Islam apabila berpuasa. Terutamanya kepada mereka yang berkerjaya. Yer la, pergi kerja pagi balik petang dah pukul 5.00 petang. Tu belum kira trafiic jem lagi, ambik anak di rumah pengasuh lagi...Sampai rumah pun dah hampir pukul 6.00 petang. Nak mandi, masak dan solat Asar...dah hampir pukul 7.00 malam juga sedangkan waktu berbuka pukul 7.18 malam (waktu di Johor Bahru). Mana nak sempat  masak dan sediakan juadah untuk berbuka puasa. Memang akan terkejar-kejar lah jawabnya. Belum kira lagi kalau anak meragam..memang tak masak la jawabnya kalau anak buat hal.

Hari ni dah masuk hari ke 8 dalam bulan Ramadan, sekejap jer masa berlalu tapi sehingga ke hari ini belum pernah sekalipun aku menjejakkan kaki ke bazar Ramadan yang jaraknya hanya 1km dari rumah. Kalau sebut jer Bazar Ramadan Bandar Baru Uda, JB berhampiran Masjid Jamek Bandar Baru Uda, semua orang tahu yang bazar ni memang popular dengan pelbagai juadah yang dijualnya. Macam-macam makanan ada dari kuih-muih, pelbagai jenis minuman, roti canai dan martabak, nasi arab, nasi beriani, nasi lemak, nasi ambang, nasi kerabu, pelbagai jenis kek, pelbagai jenis mee, pelbagai jenis rojak......pendek kata semua ada lah.

Kalau 2 tahun lepas, balik kerja aku tumpang makcik jadi hari-hari lalu bazar Ramadan dan makcik akan berhentikan aku tepi jalan sementara dia cari tempat parking kereta. Jadinya setiap harilah aku akan ke bazar Ramadan, tapi bila tahun ni aku pergi kerja bawak kereta sendiri memang aku malas nak singgah bazar Ramadan pun sebab susah nak cari parking kereta. Lagi pun bila tengok banyak sangat makanan yang dijual sampai dah tak tahu nak beli apa. Ada kuih tu yang dijual pun dah tak rupa kuih....jurujual pun buat alakadar jer...janji meramaikan suasana bazar. 

Cumanya kalau ke Bazar Ramadan Bandar Baru UDa, aku mesti beli air soya panas dan kuih pau sambal. Tapi hanya satu tempat je yang kuih pau sambalnya sedap...Kuih-Muih made in Kempas...tapi tahun lepas akak tu tak niaga pulak..tahun ni tak tahu lah niaga lagi ke tak sebab tak jejakkan kaki ke bazar lagi setakat ini. 

Alhamdulillah, bulan puasa ni Bos bagi kebenaran untuk balik setengah jam awal, memang sempat lah untuk aku masak walaupun alakadar sahaja. Bulan puasa ni bukan nak makan sangat pun, sekadar sedikit makanan untuk berbuka dan makan nasi selepas Solat Maghrib. Jadinya aku buat cucur atau roti telur untuk berbuka puasa. Lauk pulak kena tengok stok dalam peti ais ....ada ayam, masak ayam, ada ikan masak ikan....kalau hujung minggu pulak kena ikut selera anak bujang aku...kalau nak makan mee, buatkan lah dia mee....kalau dia nak makan ayam masak lemak...masakkan lah....Lagipun ni tahun pertama Aiman berpuasa...Alhamdulillah setakat ni dia masih bertahan lagi. Pagi pun dia rajin bangun untuk bersahur.

Sabtu, 5 Julai 2014

Al-Fatihah Buat Biduanita Negara



Bangun pagi nak masak makanan untuk bersahur, En. Hubby bagitahu yang  penyanyi pujaan ramai Datuk Sharifah Aini telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah buat Allahyarhamah...semoga beliau tenang di sana. Saya suka lagu-lagu nyanyiannya...sangat merdu suaranya...sukar nak cari penyayi yang semerdu suaranya pada masa kini. Walaupun saya lahir tahun 80-an, namun saya meminati lagu-lagu beliau.



Selasa, 24 Jun 2014

Kereta Baru Yang Tak Berapa Baru

Nissan Sentra 1.6

Memang dah lama nak cari kereta lain sebab kereta  yang ada dah sempit...dah lama kahwin badan pun makin naik nilai kapasitinya....lepas tu anak-anak semakin membesar, balik kampung pulak bawak makcik  dua orang, makanya kereta sedia ada aku tu (kereta kebal) dah sempit dan sendat.

Test duduk dulu sebelum beli kereta ini




Nak tak nak kena beli juga kereta lain yang lebih selesa, tapi apakan daya nak beli kereta yang baru keluar dari kilang memang tak mampu lerr....dah kalau kereta baru mesti harga pun cantik. Jadi kesimpulannya ambik jer la kereta second hand  yang penting luas dan selesa bila pergi jalan-jalan dan balik kampung.


Enjin kereta pun ok lagi

En. Hubby yang pergi survey kereta second hand kat internet...mudah.com...yer la bab kereta ni aku bukan pakar pun...tahu bawak dan jalan jer...bab servis atau lain-lain semua fail. Bila search punya search kat mudah.com En. Hubby berkenan dengan kereta Nissan Sentra ni...sebabnya keadaannya masih elok, tempat duduk kulit, enjinnya masih tiptop dan bunyi senyap. Terus dia usha tuan punya kedai kereta. Lagipun yang paling penting harganya masih di tahap kemampuan aku untuk membayarnya...nak bayar yang mahal-mahal memang aku tak mampu la...banyak benda kena fikir juga. Bukan fikir pasal kereta jer...makan pakai semua kena ambil kira. Kang tak pasal-pasal duit habis buat bayar kereta jer...tapi hari-hari makan telur jer lee..mmmm
Body pun boleh tahan masih berkilat dan cantik




Bila dah pergi ke kedai kereta dan tengok sendiri keadaan kereta tu memang puas hati la walaupun umur kereta ni dah 10 tahun juga...lebih tua  umurnya dari kereta sedia ada yang baru berusia darjah 2...tapi millage rate baru  167, 000 ..... kereta sedia ada pun dah 180,000 walaupun umur baru 8 tahun ...ni menunjukkan kereta sedia ada lebih banyak berjalan daripada kereta ni. Body pun masih tip top dan berkilat...cantik lah lagi.


Melaram dgn kereta baru

Disebabkan En. Hubby dah berkenan dengan kereta Nissan Sentra ni, maka setuju lah nak ambik kereta ni. Petang Jumaat pergi tengok kereta dan bayar duit booking RM2,000.00 ....terbang lah duit tu kat taukeh kedai...huhuhu...sabar ..sabar...nak dapat benda baru kena redha kan ajer la yer.
Ada gaya tak....???




Lepas tu baru lah pergi cari bank untuk buat pinjaman atau lebih cantik lagi buat hutang ...hahaha...Mula-mula pergi survey kat MBSB ...bila pegawai MBSB kira kan gaji aku tu memang layak sangat...aku bukan ada hutang apa pun....setakat ini hanya hutang kereta dan pinjaman ASB yang tak seberapa....cheewahhh.... memang sah-sah layak la nak tambah hutang. Siap pegawai MBSM tu isikan borang pinjaman lagi. Padahal En. Hubby suruh buat survey jerr pun bukan suruh isi borang...mmmm....menunggu la En. Hubby kat motor sebab aku lambat turun dari pejabat MBSB.


Tapi bila tengok kat Bank  Rakyat, bayaran balik lagi murah. Jadinya keputusan yang dibuat adalah ambik hutang di Bank Rakyat...beza banyak juga ..RM27 dengan jumlah pinjaman yang sama....banyak tu...boleh isi minyak kereta untuk seminggu pergi kerja. Terus jer isi borang pinjaman kat Bank Rakyat...pegawai bank tanya ada hutang apa...aku cakap hutang kereta dan ASB...rupa-rupanya hutang rumah aku pun ada nama aku juga walaupun En. Hubby yang bayar setiap bulan...Seriau juga aku  takut tak lulus pinjaman.  Alhamdulillah lulus juga pinjaman tu....Jumaat mohon, hari Selasa dah dapat duitnya. Cepat, mudah dan sedap lah...yer la kira jadi orang kaya sekejap la aku ni.

Masuk bengkel - tukar absober






Hari Khamis terus keluarkan duit dan bayar baki hutang pada tuan kedai kereta...Lepas tu pergi ke JPJ dan tukar nama kereta....terus dapat geran dan roadtax kereta. Tapi  sebelum tu pergi ker Kurnia Insurans dulu sebab nak tarik NCD kereta lama dan bawa ke kereta baru...kalau tak mahal la nak bayar insurans kereta ni nanti. 

Nak bagi elok dan selamat perjalanan, maka kena tukar juga absober




Seminggu dah En. Hubby naik kereta ni pergi kerja ...dapatlah dia merasa apa yang tak berapa nak kena dengan kereta ni...Rupa-rupanya Absorber dah rosak...patutlah bila lalu lubang sikit jer dah menyanyi-nyanyi tayar kereta ni. Apa lagi terus hantar bengkel dan tukar absorber yang baru. Sekarang tugas En. Hubby ialah menjadi tenaga pengajar kepada aku untuk belajar semula kereta sebab kereta ni kereta Auto...aku tak reti nak memandu kereta auto sebab kereta sedia ada adalah kereta manual... Ramai orang cakap kereta auto senang tapi bagi aku kereta manual lagi senang sebab dah sebati dalam hidup bawak kereta manual dari mula ambik lesen sampailah ada kereta sendiri. Ni tiba-tiba nak bawak kereta auto....sah-sah kena belajar balik la jawabnya. 


Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu