Aku ni suka g keje. Hari2 kalau boleh nak masuk opis wat keje. Tp aku pelik dgn sesetengah org tu yg malas nak dtg keje. Aku pun tak faham kenapa diaorg ni malas g keje. Padahal keje kat pejabat ni bkn susah mana. Dok kerusi empuk, ada air-cond, pejabat cantik, kawan2 pun baik2. Dulu masa aku susah semua keje aku buat. Dari keje kebun, ambik upah petik kopi kat kebun Cina Ah Kee, g tanam nanas kat kebun org, petik cili api, kutip buah nanas kat kebun yg penuh dgn duri, ambik upah baja pokok nanas, buat kuih karipap...semuanya la aku buat. Aku tak kesah pun yg penting dpt duit utk belanja ke sekolah. Yer la mak bapak pun bkn org senang, nak pakai baju baru pun susah. Baju selalu pakai lebihan org jer. Disebabkan terlalu susah, sampai nak beli seluar dlm pun tak mampu...iskh2.
Kalau cuti sekolah jer, mesti aku ambik upah keje kebun, tak pun buat kuih karipap...nak cari duit buat belanja ke sekolah. Lepas SPM je aku masuk Mitsumi Electronic Sdn Bhd Batu Pahat. Kalau org lain keje sekejap pas tu berenti, aku pulak tak akan berenti selagi takde keje baru. Sbb nak cari duit punya pasal. Duit keje kilang tu aku guna kan utk beli buku & bayar yuran STPM.
Lepas STPM pulak aku masuk KAMITECH Sdn Bhd. Keje kilang ni pulak asyik takde barang je, jadi kejap keje, kejap cuti mcm biskut Chips More tu..ada brg leh la keje, takder barang terpaksa dicutikan walaupun aku tak nak cuti. Kilang kecik je pastu Sub-con...mcm tu le jadinya. Tp keje tetap keje. Gaji masa tu cuma RM300 tp korbankan la juga tenaga ni sbb nak cari duit. Tak lama lepas tu aku dpt panggilan belajar, byk modal nak guna, yer la belajar di perantauan. Aku masuk USM tahun 2000...habis semua duit masa keje Kamitech aku gunakan utk masuk U.
Abis je belajar di USM, aku terus masuk Chang Huat Plastic Sdn Bhd di Tannjung Agas, Muar. Kilang cetak barang2 plastik. Ramai org tak tahan keje kilang ni, tau2 jer la kilang cetak barang plastik. bunyi mesin nya mcm nak pekak telinga..terutamanya bila mesin tu nak pecahkan plastik. Pas tu 3 ship pulak, seminggu siang 7.00 pg-3.00 ptg, seminggu pas tu ptg, kul 3.00 ptg - 11.00 mlm, pas tu ship mlm, 11.00 mlm - 7.00 pg..ni yg buat aku pening kepala, mana tak nya, waktu org tido aku keje, bila org lain celik aku tido...mmm tp aku pertahankan jg keje ni, yg penting ada income masuk setiap bln. Walaupun tak byk mana tp ada la duit utk belanja sendiri.
Bila keluar iklan utk buat Skim Latihan Graduan Mengganggur (SLG) aku pun terus apply..yer la sebulan dpt RM500.00 yg penting dtg ke kelas. Bukan susah mana. Nak tak nak jer la. Aku apa lg terus la mohon. Keje kilang 3 ship pun gaji setakat RM400.00 sebulan. Tu termasuk OT, ni masuk kelas & belajar, kerajaan bagi RM500.00 setiap bulan...kan senang tu. Abis je SLG terus praktikal di kedai komputer 2 bln, masa praktikal ni tak syok langsung, bkn belajar pasal komputer tp tenaga aku ni di perah utk menguntungkan taukeh kedai jer...kena gantikan staf dia yg cuti pas tu aku kena jaga kedai. Tu jer la keje aku. Yg paling tak syok nya, tauke kedai tu ajak aku kongsi business dgn dia pulak. Dia nak suruh aku bayar RM5 ribu utk bukak kedai Business card..kelakarnya la. Mcm la kitaorg ni bodoh sgt, padahal dia tu nak jual kedai runcitnya & nak beli kedai lain. Dia tak cukup duiot suruh pulak aku ni share business partner dgn dia. Apa la org Melayu ni, suka tipu kaum sendiri utk untung kan diri sendiri. Nasib baik aku tak terpengaruh.
Lepas abis praktikal aku keje di Pusat Komputer Hadi, Chaah, Segamat. Keje ni kawan SLG yg carikan..Noi..dia dah keje kat Yong Peng, aku pulak jaga di Chaah..Kedai komputer ni pun bkn besar mana, kecik jer...masa ni gaji yg aku dpt RM650 sebulan. Masa ni aku nekad dok rmh sewa sndiri, nak cari duit punya pasal, aku sanggup wat apa jer janji rezeki halal. Pas tu aku dok kawasan estet yg ramai org India, tau2 jer la Chaah ni mmg kawasan India. Jiran aku pun India. Keje kat kedai komputer ni dari kul 9 pg sampai kul 6 ptg. Tp kdg2 sampai mlm jg sbb ada org suruh taipkan keje dia. Tp yg paling tak suka bila ada customer yg marah2, yer la tak puas hati dgn segala2nya. Keje kat sini cuti sehari setengah jer, Selasa keje sampai kul 12 tgh hari pastu Rabu aku Cuti. Masa ni Siti Fatimah (Pengurus la jawatan dia) cuti bersalin. Aku la jaga kedai dia ni sorang2. Makan pun sampai tak ingat sbb terkejar sana sini. Mana nak ajar budak kelas komputer, pas tu layan kan customer yg tak puas hati & angkat telepon yg berdering2 jer...Masa dok sorang ni la aku kena ganggu, tp yg pastu aku tak bermimpi. Mula2 aku dok rmh sendiri takder per2 tp lama2 aku kena kacau benda ar...bila tido malam aku rasa ada benda sepak2 kaki aku. Bila aku celik kan mata takder pulak pe2...pastu besoknya selimut aku kena tarik2 la pulak. Ehhh....lain mcm jer rasanya. Aku bgtau la Lin, kakak aku tu, apa lg dia terus bgtau mak la...Tak pasal2 darah tinggi mak terus naik melambung2 sampai terus kena dok kat wad spital. Mak kata dia bimbang kan anak2 nya..Aku dgn dok rmh sewa sorang2, Adik lak tgh sakit kena gangguan misteri & Mor, kakak aku tu pulak tak nak kawin2... Mana mak tak pening kepala pikir kan masalah anak2 nya ni.
Berbalik citer aku td, sebenarnya aku tak bgtau mak pun yg aku kena ganggu tp dah Lin bgtau mak...terus mak tak kasi aku keje jat Chaah lg. Mak suruh aku blik rmh dan cari keje yg dekat2 jer dgn rmh. Mmmm..mcm2 kilang aku pegi, nampak je kilang tampal jawatan 0 kat area BP ni mesti aku pegi. Tp dah bukan rezeki aku, dah isi byk borang pun takde yg sangkut. Lin, kakak aku ajak dok dgn dia kat Puchong.. Yer la selagi dok kg sampai bila2 pun tak kan dpt keje. Keje byk kat bandaraya. Aku pun ikut la dia berhijrah ke KL. Mula lah kehidupan aku sbg org KL. Pas tu aklu carik la keje sana sini. Pergi Giant Puchong la nak mintak keje 0 tp takder jg. Pastu tanya keje kat Tadika Cahaya Intan, Puchong..keje jaga budak n guru tadika. Rezeki aku ada la kat sini. Masa aku minta ni cuti sekolah. Jadi budak2 takder la, tp aku dah kena masuk keje. wat persaiapan utk bukak sekolah awal tahun baru..20005. Aku pun buat la keje yg sepatutnya, seronok la jg jadi guru tadika ni., siap kemaskan kelas dgn macam2 gambar lg..semua nya aku lukis sendiri n warnakan. Nak tarik perhatian anak2 kecik supaya suka dgn sekolah. Sabtu & Ahad sebelum sekolah bukak, aku dok jaga kelas sbb katanya ada mak budak nak dtg utk bayar yuran sekolah. Aku la yg tunggu. Sampai tgh hari jg aku tunggu tp takder pun ibu bapa yg dtg. mmm...sabar jer la. Bila masuk je 1 Januari 2005, mula la kelas...aku kena ngajar budak2 umur 4-5 tahun. 6 tahun kelas lain, baby di tempatkan kat rumah lain & 2-3 tahun rmh lain. Tauke tadikan ni, Kak Ros...dia sewa 4 buah rmh tepi utk business dia ni. Masa keje kat sini aku jadi guru tadika jer..tp bila ada pengasuh yg tak dtg keje aku la kena jaga baby.
Masa keje kat tadika ni, mcm2 ragam budak aku jumpa..yer la Puchong ni kat kawasan maju jadi anak2 kat sini pun anak org educated & berada..mak bapak diaorg keje jawatan besar..dtg sekolah speaking BI jer..aku lak speaking jawa..hahahah. Budak2 kecik ni lg teror ckp omputih drpd aku. Layan kan jer la. Kalau budak2 yg masuk tadika je, mereka akan balik sekolah kul 11.30 pg, yg sampai ptg pulak, aku kena la ajar solat mereka. Pas tu Kak Ros keje dia ambik budak sekolah dgn Kete UNSER dia..jadi budak2 tu terus parking kat kelas yg aku ajar td la.. Bila budak2 tu balik sekolah, aku la yg suapkan mereka makan, tukarkan baju diaorg & ajarkan diaorg menulis. Aku ajar diaorg menulis jawi dan doa2 yg pendek. Mak bapak diaorg ni akak tgok buku2 anak mereka. Jadi kalau tak puas hati jer diaorg terus mengadu pada Kak Ros, tu yg aku tak berapa nak berkenan. Keje kat sini, aku nak solat zohor pun susah. Dah lepas abis tadika, aku ajar budak2 solat tp aku nak solat pun kelam kabut. Kak Ros lak asyik terjerit2 wlaupun aku tgh solat. mmm....geramnya la.. Ada ke patut dia suruh aku solat sama dgn budak2 tu...Kalau aku solat sama dgn budak2 tu, mcm ner aku nak ajar diaorg bacaan dlm solat & nak tunjuk dia rukun2 solat. Ntah apa2 ntah la Kak Ros ni. Patut la ramai pekerja dia yg tak sanggup keje dgn dia, dia kuli kan betul2 rupanya staf dia. Tak pandai jaga hati staff nya la.
Masa keje kat tadika ni, mcm2 ragam budak aku jumpa..yer la Puchong ni kat kawasan maju jadi anak2 kat sini pun anak org educated & berada..mak bapak diaorg keje jawatan besar..dtg sekolah speaking BI jer..aku lak speaking jawa..hahahah. Budak2 kecik ni lg teror ckp omputih drpd aku. Layan kan jer la. Kalau budak2 yg masuk tadika je, mereka akan balik sekolah kul 11.30 pg, yg sampai ptg pulak, aku kena la ajar solat mereka. Pas tu Kak Ros keje dia ambik budak sekolah dgn Kete UNSER dia..jadi budak2 tu terus parking kat kelas yg aku ajar td la.. Bila budak2 tu balik sekolah, aku la yg suapkan mereka makan, tukarkan baju diaorg & ajarkan diaorg menulis. Aku ajar diaorg menulis jawi dan doa2 yg pendek. Mak bapak diaorg ni akak tgok buku2 anak mereka. Jadi kalau tak puas hati jer diaorg terus mengadu pada Kak Ros, tu yg aku tak berapa nak berkenan. Keje kat sini, aku nak solat zohor pun susah. Dah lepas abis tadika, aku ajar budak2 solat tp aku nak solat pun kelam kabut. Kak Ros lak asyik terjerit2 wlaupun aku tgh solat. mmm....geramnya la.. Ada ke patut dia suruh aku solat sama dgn budak2 tu...Kalau aku solat sama dgn budak2 tu, mcm ner aku nak ajar diaorg bacaan dlm solat & nak tunjuk dia rukun2 solat. Ntah apa2 ntah la Kak Ros ni. Patut la ramai pekerja dia yg tak sanggup keje dgn dia, dia kuli kan betul2 rupanya staf dia. Tak pandai jaga hati staff nya la.
2 ulasan:
boleh x i copy and paste maklumat awak dlm blog saye
Nak wat apa la copy paste, ni pengalaman saya je..susah benor nak cari keje zaman skrg. Sbb tu bila saya dpt keje goment ni saya syukur sgt2...walaupun saya bukan bos tp saya syukur sbb hidup saya tak sesusah dulu.
Apapun TQ sbb sudi baca blog saya ni. Nak copy...copy la yg penting leh jadi pengajaran wat org di luar sana supaya sayang dgn keje mereka.
Catat Ulasan